Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Heboh Fattah, Fazura Nikah Malam Tadi

Spekulasi bertiup kencang sejak malam tadi (14 Nov) tentang kononnya pelakon Fattah Amin dan Fazura bernikah dalam diam.

Anggaran Waktu Membaca:
Heboh Fattah, Fazura Nikah Malam Tadi

(Gambar: Fattah Amin/ Instagram).

Diterbitkan : 15 Nov 2017 02:30PM Dikemas Kini : 15 Nov 2017 02:32PM

PETALING JAYA: Spekulasi bertiup kencang sejak malam tadi (14 Nov) tentang kononnya pelakon Fattah Amin dan Fazura bernikah dalam diam.

Menurut laporan mStar, pasangan berkenaan dikatakan bernikah di rumah nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya. Namun, tiada pihak yang mengesahkan perkara itu termasuk pasangan berkenaan.

Sejak malam tadi (14 Nov), terdapat beberapa ucapan mengenai perkahwinan itu di ruang komen Instagram milik Fattah Amin menerusi gambar Kaabah yang dikongsinya selepas beliau menulis kapsyen “semoga semuanya dipermudahkan.”

Walau bagaimanapun, ucapan itu dihapus pengendali laman sosial berkenaan untuk mengelak khabar angin yang terus diperkatakan, lapor mStar.

Pagi tadi (15 Nov), beberapa ucapan tahniah mula muncul di laman Instagram mereka. Ada yang membuat andaian bahawa mereka bernikah bagi memudahkan Fazura mengerjakan umrah bersama Fattah.

Rumah nenek Fazura dilaporkan penuh dengan tetamu namun tidak disahkan majlis apa yang diadakan kerana kawasan rumah berkenaan dikawal ketat. Hanya tetamu terpilih sahaja dibernarkan masuk.

Sementara itu wakil artis berkenaan dan pihak pengurusan mereka juga enggan memberi sebarang komen.

Pasangan berkenaan dijadual berangkat mengerjakan umrah pada pagi tadi (15 Nov), tambah mStar.

Sebelum ini tersebar khabar angin Fattah, 27 tahun, dan Fazura, 34 tahun, memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman dibuat.

Sebelum ini, Fattah pernah berjanji tidak akan merahsiakan hal berkenaan selain meminta doa yang baik-baik sahaja buat mereka.

Pasangan ini bertemu dalam drama Hero Seorang Cinderella dan sejak itu, timbullah gosip mereka sedang menjalinkan hubungan cinta. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan