Images
  • emma kamal adli
    (Gambar: Emma Maembong Official/Instagram)

Hasrat Kamal Adli bersama Emma buat kali ketiga tidak kesampaian

KUALA LUMPUR: Hasrat pelakon Kamal Adli bergandingan buat kali ketiga dengan Emma Maembong dalam drama Jangan Padam Rindu tidak kesampaian apabila tempatnya digantikan oleh Keith Foo.

Pada mulanya, watak utama lelaki bagi drama terbitan Suhan Movies itu diserahkan kepada Kamal, namun berubah akibat salah faham, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

"Ia bermula dengan masalah susunan jadual hingga berlaku salah faham dengan pihak produksi Suhan. Ketika mendapat tawaran terbabit, pada masa sama saya juga menerima undangan berlakon filem aksi.

"Saya ada memohon budi bicara produksi Suhan supaya menyusun semula jadual penggambaran kerana filem berkenaan awalnya dijangka dimulakan rakamannya pada pertengahan bulan ini.

"Begitupun, tidak mengapa jika permintaan itu tak dapat dipenuhi kerana memang keutamaan saya adalah lebih kepada drama terbabit. Bagaimanapun, permintaan saya tidak dipenuhi dan akhirnya nama saya digugurkan," beliau dipetik sebagai berkata, seperti ditukil Malaysiakini.

Kamal dan Emma pernah membintangi drama Syurga Tanpa Cinta dan Jodoh Sebelah Pintu.

Kamal, menurut Malaysiakini, mengakui sedar peminatnya teruja menantikan gandingan terkininya bersama Emma.

- Agensi berita/IM/im

Komen Anda?

Top