Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hans Isaac batalkan perkahwinan

Selepas pelbagai spekulasi timbul, pelakon dan penerbit kacak Hans Isaac akhirnya mengumumkan perkahwinan beliau dengan bekas ratu cantik, Aileen Gabriella Robinson dibatalkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hans Isaac batalkan perkahwinan

Hans Isaac dan Aileen Gabriella Robinson. (Gambar: Hans Isaac/Instagram)

Diterbitkan : 30 Oct 2017 05:42PM Dikemas Kini : 30 Oct 2017 05:48PM

KUALA LUMPUR: Selepas pelbagai spekulasi timbul, pelakon dan penerbit kacak Hans Isaac akhirnya mengumumkan perkahwinan beliau dengan bekas ratu cantik, Aileen Gabriella Robinson dibatalkan.

Pelakon berusia 46 tahun itu mengeluarkan kenyataan media hari ini (30 Okt), mengumumkan berita mendukacitakan itu.

"Kepada pihak media dan rakan-rakan saya, dengan duka citanya saya mengumumkan perkahwinan, yang diumumkan selepas majlis pertunangan pada 29 Februari tahun ini, tidak akan berlangsung," kata beliau.

"Setelah berfikir dengan mendalam, saya memutuskan untuk tidak meneruskan perkahwinan itu."

Beliau juga memohon maaf kepada rakan-rakan dan keluarga yang sudah menunjukkan sokongan mereka sejak beberapa bulan lalu dan mendoakan kebahagiannya pada masa akan datang.

"Terima kasih sekali lagi kerana memahami dan memberikan sokongan," tambah beliau.

Hans bagaimanapun tidak menjelaskan sebab mengapa perkahwinan tersebut dibatalkan.

Spekulasi mengenai pasangan itu timbul pada bulan Jun apabila Hans mengumumkan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai ditangguhkan "beberapa bulan".

Sehubungan itu, beliau mendakwa rakan-rakan dan keluarga tidak dapat menghadiri majlis jika ia diadakan pada 29 Julai.

Desas-desus mengenai hubungan mereka yang retak itu semakin menjadi-jadi setelah Hans tiba-tiba memadamkan gambar-gambar tunangnya dari Instagram beliau, lapor New Straits Times (NST).

Robinson kemudian menguatkan lagi khabar angin itu dengan memadam gambar-gambar Hans dari laman Instagramnya, namun mendakwa akaun Instagram itu hanya untuk kegunaan kerja dan beliau mempunyai akaun berasingan untuk memuat naik gambar-gambar peribadi.

Hans pula pernah memberitahu media, menafikan bahawa hubungan mereka dilanda badai.

Semasa diwawancara pada bulan Jun lalu, Hans berkata 70 peratus persiapan perkahwinan sudah selesai.

Selepas mengumumkan tentang pertunangan mereka pada bulan Februari, Hans dan Robinson berdepan ujian pertama sebagai pasangan kekasih apabila Robin Coenraad, yang mengaku sebagai teman lelaki Robinson, berkata Robinson berlaku curang terhadapnya dan mengadakan hubungan dengan Hans, lapor NST.

Hans dan Robinson pertama kali bertemu pada tahun 2011 apabila Hans menjadi juri pusingan awal bagi acara Miss Tourism Malaysia, di mana Robinson mengambil bahagian.

Mereka bertemu kembali pada tahun lalu dan menjalin hubungan dan bertunang.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan