Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hans Isaac bakal kahwin bekas ratu cantik selepas bertunang di S'pura

Pelakon dan pengarah Malaysia, Datuk Hans Isaac bakal berkahwin dengan bekas Ratu Cantik Pelancongan, Aileen Gabriella Robinson, pada 29 Julai depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hans Isaac bakal kahwin bekas ratu cantik selepas bertunang di S'pura

Hans Isaac dan Aileen Gabriella Robinson. (Gambar: Hans Isaac/Instagram)

Diterbitkan : 28 Feb 2017 06:26PM Dikemas Kini : 28 Feb 2017 06:51PM

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah Malaysia, Datuk Hans Isaac bakal berkahwin dengan bekas Ratu Cantik Pelancongan, Aileen Gabriella Robinson, pada 29 Julai depan.

Menurut mStar Online, pasangan itu sudahpun bertunang di Singapura pada 29 Januari lepas.

Hans, 46 tahun, mengumumkan perkara tersebut dalam satu sidang media khas di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini (28 Feb). Beliau ditemani tunangnya, Gabriella, 28 tahun.

Tq pads semua . Tq utk semua doa anda dan kebahagiaan kami . Ni lah tunang saya , Gabriella Robinson .

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on

"Saya agak gementar untuk umumkan mengenai kisah hidup saya ini. Tapi hari ini saya nak maklumkan akan berkahwin dengan Gabriella.

"Kami mula menjalinkan hubungan dengan serius sejak setahun yang lalu," kata Hans Isaac seperti ditukil mStar Online.

Pelakon kacak itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti Malaysia seperti Neelofa, Elaine Daily dan Erra Fazira.

Gabriella dinobatkan ratu cantik pada 2011 dan pernah berlakon dalam drama siri 'Oh My English'. 

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan