Images
  • Tiket konsert Coldplay di S'pura habis dijual dalam masa kurang 2 jam (1)
    Vokalis Coldplay, Chris Martin, membuat persembahan di Anugerah Muzik Amerika 2015. (Gambar: Reuters/Mario Anzuoni)

Hampir 4,000 tiket dengan 'pemandangan terhad' bagi konsert Coldplay dijual dalam masa 2 jam

SINGAPURA: Para peminat Coldplay ternyata semakin tidak sabar untuk menyaksikan persembahan kugiran itu esok (31 Mac) dan pada Sabtu (1 April).

Sekitar 4,000 tiket tambahan bagi persembahan di Stadium Negara dijual pada Khamis (30 Mac) pada 1.00 petang. Meskipun ia sekadar menawarkan pemandangan pentas yang terhad, ia tetap laris dijual.

Setakat 3.00 petang tadi, seorang jurucakap bagi penganjur konsert Live Nation Lushington berkata bahawa sekitar 200 tiket, yang berharga antara $78 hingga $268, masih boleh didapatkan.

Tiket-tiket tersebut hanya boleh dibeli online melalui laman tiket Hab Sukan Singapura. Dalam penjualan sebelum ini, tiket-tiket turut dijual di 'box office' stadium tersebut dan cawangan-cawangan SingPost.

Tiket-tiket bagi persembahan di Stadium Negara itu sudah mendapat banyak permintaan. Tiket-tiket bagi persembahan pada 1 April habis dijual dalam masa dua jam, dan persembahan kedua pada Jumaat, 31 Mac, kemudian dianjurkan sejurus itu.

Tiket-tiket bagi persembahan kedua itu turut habis dijual dalam masa sehari. Bagaimanapun, terdapat individu yang menjual tiket tersebut pada harga setinggi $1,000 berbanding harga asal pada $268.

Tiket-tiket VIP pula dijual antara S$1,350 hingga S$9,912 berbanding harga asal pada $268. Dua lelaki juga ditangkap setelah didakwa menjual tiket yang tidak wujud bagi konsert Coldplay di Carousell.

Coldplay berada di Singapura bagi konsert jelajah berjudul A Head Full of Dreams. 

- TODAY/im

Komen Anda?

Top
>