Images
  • ar badul
    (Gambar: mStar) 

Gambar pelawak veteren AR Badul kahwin wanita muda tersebar, 'Isteri' terkejut

MALAYSIA: Pelakon baru Siti Zaidatul Isna Mohd Rauf, mengakui terkejut apabila foto perkahwinannya dengan pelawak veteran AR Badul tiba-tiba menjadi tular di media sosial minggu lalu, lapor mStar.

Pelakon yang lebih mesra disapa Isna, 26 tahun, berkata, beliau mendapat tahu tentang berita tersebut menerusi rakan-rakan dan ahli keluarga yang bertanyakan hal berkenaan.

"Saya terkejut dan gelak sahajalah apabila keluar foto dan berita tentang AR Badul berkahwin lagi dan wanita dalam gambar itu adalah saya.

"Ramai kawan dan saudara yang tidak tahu saya sudah mula berlakon bertanyakan hal ini. Mujur ibu dan bapa saya tahu saya sedang menjalani penggambaran dengan pelawak terbabit," ujarnya kepada mStar Online.

Isna mengulas tentang beberapa foto perkahwinan dengan AR Badul yang dimuat naik oleh pelakon Ezany Nazariff pada minggu lalu.

“MANA ADA SAYA KAHWIN?” - AR Badul

Dalam laporan sebuah akhbar, foto berkenaan menjadi tular selepas tersebar di aplikasi WhatsApps Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) baru-baru ini.

Ia hanyalah adegan dalam sebuah drama.
Selain itu, Isna berkata, foto yang diambil ketika penggambaran drama Tuyul Ke London itu menjadi tanda tanya selepas pelawak berkenaan menghantar ke kumpulan WhatsApps dengan niat bergurau.

Walau bagaimanapun, ia menjadi tular selepas dimuat naik rakan-rakan artis dengan ucapan tahniah.

"Ini gosip pertama saya, rasa kelakar juga bila baca di blog-blog yang mengecam dan ada juga yang percaya dan mengucap tahniah," ujarnya.

Isna berkata, drama Tuyul Ke London merupakan lakonan keduanya selepas filem 'This Is Pilah' yang akan ditayangkan pada akhir tahun ini.

Menurut laportan mStar, beliau mula melibatkan diri dalam industri lakonan selepas menjalani uji bakat pencarian pelakon. 

- Agensi berita/AQ/aq

Komen Anda?

Top