Images
  • foo fighters
    Gambar fail legenda rock Foo Fighters. (Gambar: Foo Fighters/Facebook)

Foo Fighters buat persembahan di S'pura Ogos ini

SINGAPURA: Kugiran rock legenda Foo Fighters akan membuat persembahan di Singapura pada Ogos ini, lebih 20 tahun sejak kali terakhir beraksi di sini.

Kugiran rock itu akan membuat persinggahan di Seoul pada 22 Ogos, sebelum beraksi di Bangkok pada 24 Ogos.

Konsert mereka di Singapura akan diadakan di Stadium Negara pada 26 Ogos ini, menurut pengumuman di laman Facebook kugiran itu pada Selasa (16 Mei).

Tiket-tiket yang berharga antara S$128 dan S$238 akan dijual mulai 10.00 pagi di kaunter penjualan tiket Hab Sukan pada 23 Mei.

Foo Fighters yang dijadual membuat persembahan di sini pada 2012, membatalkan konsert mereka setelah vokalisnya Dave Grohl dinasihati supaya berehat. 

- CNA/ns

Komen Anda?

Top