Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fazura tak takut ganti tempat Neelofa; mungkin digandingkan dengan Fattah Amin

Pelakon terkenal, Nur Fazura Sharifuddin menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bimbang untuk menggantikan tempat Neelofa dalam drama terbaru arahan Michael Ang, Hero Seorang Cinderella.

Anggaran Waktu Membaca:
Fazura tak takut ganti tempat Neelofa; mungkin digandingkan dengan Fattah Amin

Fazura adalah antara nama yang disebut bakal melakonkan watak Cinderella. (Gambar: Nur Fazura/ Facebook)

Diterbitkan : 27 Feb 2017 11:49AM Dikemas Kini : 27 Feb 2017 11:57AM

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Nur Fazura Sharifuddin menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bimbang untuk menggantikan tempat Neelofa dalam drama terbaru arahan Michael Ang, Hero Seorang Cinderella.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh pihak pengurusannya yang diwakili Pengarah Urusan Universal Music Malaysia dan Singapura, Kenny Ong, Nur Fazura atau lebih akrab disapa Faz, 33, berkata sebagai pelakon profesional, beliau sentiasa terbuka dengan setiap tawaran yang diberikan, dalam tukilan laporan Berita Harian Malaysia.

"Perkara itu tidak benar. Saya tidak pernah melahirkan rasa bimbang untuk mengambil watak yang ditawarkan, sama ada dari segi profesional atau berkaitan sambutan peminat seperti yang didakwa," tegas pemenang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 itu.

Pelakon wanita utama bagi drama Hero Seorang Cinderella juga dikatakan bakal bergandingan dengan Fattah Amin.

Dalam kenyataan itu juga, Ong mengaku bertemu dengan Michael dan Astro untuk berbincang mengenai tawaran membintangi drama terbabit, namun masih belum ada kata putus yang diberikan.

Sebagai syarikat pengurusan yang menaungi Fazura, pihaknya juga berhak menentukan kesediaan pelakon itu untuk menerima sesebuah tawaran, menurut Berita Harian Malaysia.

"Kami memang mahu mempertimbangkan tawaran itu selepas pertemuan rasmi dengan Michael dan Astro. Sebagai anak seni profesional, apa yang penting ialah tanggungjawab yang diberikan dijalankan dengan baik," katanya.

Menerusi laporan akhbar hari ini, Ang dilaporkan menghubungi beberapa orang pelakon dan menawarkan watak dalam drama itu untuk bergandingan dengan Fattah Amin.

Mereka bagaimanapun, katanya agak keberatan menerima kerana bimbang reaksi peminat yang sudah serasi melihat gandingan Fattah dengan pengacara Meletop itu.

Fazura adalah antara nama yang disebut bakal melakonkan watak Cinderella selain Janna Nick, Nur Fathia dan Emma Maembong, menurut Berita Harian Malaysia. 

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan