Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fathia Latiff akui wanita dalam video viral kurang sopan adalah dirinya

Beliau juga menambah akan membuat kenyataan secara langsung di media sosial dan berharap dapat mengatasi kontroversi berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Fathia Latiff akui wanita dalam video viral kurang sopan adalah dirinya

Pelakon popular Fathia Latiff. (Gambar: Instagram/ @fatiyalatiff)

Diterbitkan : 20 Sep 2017 05:58PM Dikemas Kini : 20 Sep 2017 06:07PM

MALAYSIA: Isu kontroversi mengenai video viral yang kurang sopan nampaknya terhurai hari ini (20 Sep) apabila pelakon popular Fathia Latiff mengaku wanita yang menari sambil menayangkan payu dara secara langsung di app Bigo Live seorang pelakon baru Natasha Elyzza ialah dirinya.

"Wanita itu adalah saya," katanya kepada New Straits Times (NST).

Namun beliau yang berusia 30 tahun menambah bahawa video itu bukan sepatutnya ditontoni orang ramai.

Ini merupakan tamparan hebat kedua menimpa Fathia, selepas beliau digugurkan daripada membintangi siri drama La Luna.

Beliau dituduh pihak produksi sebagai mempunyai masalah disiplin seperti datang lambat ke set penggambaran dan sebagainya.

MENGAKU SEDANG MENARI DENGAN RAKAN-RAKAN DI TANDAS

"Saya dengan beberapa rakan sedang melepak di sebuah villa yang disewa. Sesi menari itu adalah antara rakan-rakan wanita dan kami sedang menari di tandas villa berkenaan," jelas beliau kepada NST yang juga mengakui masih terkejut video tersebut menjadi viral.

"Sudah semestinya saya malu dengan apa yang berlaku. Siapa yang waras ingin menunjukkan bahagian tubuhnya kepada seluruh dunia?" katanya lagi.

Menurut laporan NST, Fathia memberitahu bahawa sambil mereka sedang "berseronok", beliau tidak tahu bahawa rakaman Bigo Live boleh diakses oleh orang ramai.

Beliau memikirkan ia hanya boleh ditonton rakan terdekat saja.

"Saya tidak pernah mendengar app itu sebelum ini. Kini saya tahu dan sudah pasti saya mempelajarinya dengan cara yang paling susah sekali," katanya penuh kesal.

Beliau juga menambah akan membuat kenyataan secara langsung di media sosial dan berharap dapat mengatasi kontroversi berkenaan. 

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan