Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fahrin Ahmad pilih tidak ikut trend buka akaun media sosial untuk anak

Ketika ramai selebriti di negara jiran membuka akaun Instagram khusus untuk anak mereka, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad bagaimanapun memilih untuk tidak mengikut trend tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Fahrin Ahmad pilih tidak ikut trend buka akaun media sosial untuk anak

Fahrin Ahmad bersama isterinya, Elena Hani Eleas dan anak mereka Khalifa Fahrel. (Gambar: Instagram/ Fahrin Ahmad)

Diterbitkan : 25 Mar 2017 10:38PM Dikemas Kini : 25 Mar 2017 10:40PM

KUALA LUMPUR: Ketika ramai selebriti di negara jiran membuka akaun Instagram khusus untuk anak mereka, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad bagaimanapun memilih untuk tidak mengikut trend tersebut.

Menurut Fahrin, 38 tahun, beliau dan isterinya, Elena Hani Eleas lebih selesa untuk berkongsi perkembangan anak sulung mereka itu menerusi Instagram masing-masing.

"Bagi saya tak perlulah nak buatkan Instagram khas menggunakan nama anak.

"Cukuplah kami sebagai ibu bapa berkongsi apa yang patut di Instagram kami sendiri, dia pun tak tahu apa-apa lagi," katanya kepada mStar Online.

Fahrin dan Elena berkahwin pada Mei 2015 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalifa Fahrel pada 29 September tahun lalu.

Berdasarkan pemeriksaan di Instagram peribadi Fahrin dan Elena, kedua-dua mereka aktif memuat naik gambar Khalifa dari masa ke masa.

Tambah Fahrin, sebagai bapa beliau mempunyai pertimbangan sendiri mengenai perkara itu walaupun ramai selebriti lain memilih untuk mewujudkan Instagram khas dengan nama anak-anak mereka.

"Saya terbuka dalam isu ini. Maknanya biarlah anak saya sendiri yang buat pilihan untuk buka akaun media sosial ataupun tidak. Bila dia besar nanti, pandai-pandailah dia buat keputusan.

"Tapi kalau orang lain nak buat, itu hak mereka. Mungkin mereka mahu kongsi gelagat dan keletah anak-anak menerusi medium khusus," katanya kepada mStar Online.

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan