Images
  • beto kusyairy
    Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama  bagi Drama Bersiri, Beto Kusyairy. (Gambar: Mediacorp Suria/ Instagram)

Drama Kisah Tok Kadi menang besar Pesta Perdana 14; Mastura Ahmad rangkul 2 anugerah

BERITAMediacorp: Drama komedi Kisah Tok Kadi, menang besar dalam Pesta Perdana 14, apabila ia merangkul empat Anugerah kesemuanya, di majlis anugerah Pesta Perdana 2017 pada Jumaat (31 Mac).

Kisah Tok Kadi merangkul anugerah bagi Program Paling Popular dan Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama - Drama Bersiri bagi Beto Kusyairy.

Ia juga menghasilkan pemenang bagi Pelakon Harapan Terbaik - Drama Bersiri bagi Fazlyna Aziz. Seorang lagi pelakon siri tersebut, iaitu Sufian Ahmad turut menang sebuah anugerah.

Malah lebih manis lagi, Sufian Ahmad turut menewaskan pelakon pilihan Jeff Catz bagi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu - Drama Bersiri.

MASTURA AHMAD MENANG LAGI

Mastura Ahmad dan Izzat Yusoff juga muncul sebagai pelakon yang memenangi anugerah terbanyak pada Pesta Perdana dengan masing-masing membawa pulang dua anugerah.

Mastura Ahmad menang kategori Pelakon Komedi Terbaik dan lategori Pelakon Pembantu Terbaik.

Bagi Mastura Ahmad, ini lebih istimewa lagi, kerana ditambah dengan kemenangan malam ini, beliau kini mempunyai lapan trofi Pesta Perdana kesemuanya. Beliau sekaligus mencatat rekod sebagai pemenang individu paling banyak sepanjang sejarah Pesta Perdana!

Anugerah khas Anugerah Perdana Emas diberikan kepada Rahimah Rahim, yang sudah menyinari dunia seni selama lebih lima dekad.

EAGLEVISION MENANG 13 ANUGERAH KESEMUANYA

Dari segi syarikat penerbitan yang menang besar, ia jatuh kepada Mediacorp Eaglevision yang merangkul 13 anugerah bagi kedua-dua kategori persembahan dan kreatif.

Syarikat Papahan Films menjadi 'naib juara' setelah ia membawa pulang lima piala, manakala Thinkplate menyusul dengan empat anugerah.

Pesta Perdana berlangsung buat kali ke-14 tahun ini. Ia pertama kali diadakan pada tahun 1997. Acara gah yang boleh dianggap sebagai 'Oscar' bagi dunia seni Melayu Singapura itu mengiktiraf bakat-bakat terbaik dalam industri televisyen Melayu tempatan.

Bertemakan 'Meraikan Permata Industri Televisyen', majlis anugerah berprestij itu turut dihoskan oleh Huda Ali dan Fauzie Laily dan disiarkan secara langsung dari MES Theatre di saluran SURIA dan menerusi Toggle LIVE.

Antara pemenang lain termasuklah Ariati Tyeb Papar yang menang kategori Pelakon Wanita Terbaik bagi drama Kemelut.

Berikut senarai penuh pemenang Pesta Perdana 14:

Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama – Drama Bersiri
Beto Kusyairy (Kisah Tok Kadi)

Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama – Drama Bersiri
Ariati Tyeb Papar (Kemelut)

Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu – Drama Bersiri
Sufian Ahmad (Kisah Tok Kadi)

Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu – Drama Bersiri
Mastura Ahmad (Interns Sr 1)

Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama – Drama Khas / Antologi
Izzat Yusoff (Dua Wajah)

Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama – Drama Khas / Antologi
Aishah Ahmad (Suara Takbir)

Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu – Drama Khas / Antologi
Izzat Yusoff (Dimensi ke-4 Sr 3)

Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu – Drama Khas / Antologi
Norsiah Ramly (Anakku Duniaku)

Pelakon Terbaik dalam Watak Komedi
Mastura Ahmad (Anak Bulan)

Pelakon Harapan Terbaik
Fazlyna Aziz (Kisah Tok Kadi)

Pengacara Terbaik – Hiburan
Khairudin Samsudin (Show Malam Ini)

Pengacara Terbaik – Informasi
Rilla Melati (Rudy & Rilla Sr 6)

Bintang Cilik Terbaik
Freda Mel (Hari Raya Haji… Lagi)

Drama Terbaik
Aduh… Bibikku! (Mediacorp Eaglevision)

Drama Khas Terbaik
Anak Bulan (Papahan Films)

Rancangan Hiburan Terbaik
Anugerah Skrin 2016 (Mediacorp Eaglevision)

Rancangan Hiburan Khas Terbaik
Sinar Lebaran 2016 (MediaCorp Eaglevision)

Rancangan Informasi Terbaik
Kembara Kasih Sr 2 (Filmat 36)

Rancangan Kanak-Kanak Terbaik
Nama Saya Kassim Selamat Sr 2 (Dua M)

Arahan Terbaik – Drama
Anak Bulan (M. Raihan Halim)

Arahan Terbaik – Hiburan
Anugerah Planet Muzik 2016 (Fadila A Wahid & Samri Badi)

Skrip Terbaik – Drama
Firasat (M. Raihan Halim)

Skrip Terbaik – Hiburan
Projek Kasih 2015 (Linilidia Abdul Hamid)

Skrip Terbaik – Informasi
Ole Ole Temasya Sr 1 (Dzulkifli Sungit)

Videografi Terbaik – Drama
Kasih Tiana (Noorman Noordin)

Suntingan Terbaik – Drama
Anak Bulan (Ruzaini)

Reka Imej Terbaik
Bunga Tanjong (Mimi Jasmine)

Desain Pembukaan Terbaik
P.I.Z (B.O.S Pictures)

Lagu Tema Terbaik
Saga (Mediacorp Eaglevision)
Judul lagu: Jiwa Juara
Komposer: Reyza Hamizan
Penulis lirik: Reyza Hamizan
Penyanyi: Iskandar Ismail

Rancangan Paling Popular
Kisah Tok Kadi (Thinkplate)

Personaliti Lelaki Paling Popular
Hisyam Hamid

Personaliti Wanita Paling Popular
Hannah Delisha

Anugerah Perdana Emas
Rahimah Rahim 

- BERITAMediacorp/im

Komen Anda?

Top