Images
  • fazley yaakob
    Dr Fazley Yaakob (tengah) dengan rakan media selepas majlis pelantikan duta itu. (Gambar: Instagram/ Dato' Fazley Yaakob)

Dr Fazley Yaakob dilantik duta pelancongan halal Taiwan

TAIPEI: Selebriti serba boleh Dr Fazley Yaakob kini dilantik sebagai Duta Pelancongan Halal Taiwan bagi mempromosikan aspek pelancongan negara itu.

Menurut laporan mStar Online Dr Fazley, 39 tahun, berkata pelantikan itu bertujuan untuk menepis rasa kurang yakin dan keraguan untuk para pelancong ke Taiwan.

“Masih ramai yang tidak tahu bahawa ibu kota Taiwan, Taipei sebenarnya menyediakan banyak kemudahan untuk orang Islam terutama makanan halal, hotel yang menunjukkan arah kiblat serta penyediaan sejadah dan tandas awam bersesuaian kegunaan kita.

"Tidak hanya itu, puluhan brosur disediakan sebagai panduan untuk mencari restoran atau kafe halal di sana," ujarnya kepada mStar Online hari ini (23 Jul).

Dr Fazley yang juga seorang cef eksekutif di restorannya di Malaysia dan juga restoran Rayz Bistro di Singapura menambah bahawa pelantikan itu bermula secara lisan apabila beliau terlibat dalam beberapa program anjuran Biro Pelancongan Taiwan.

“Saya telah memenangi pertandingan masakan itu sehingga mendapat liputan menyeluruh daripada pihak media Taiwan, Jepun dan China.

“Sejak itu, saya sering mendapat undangan bagi mempromosikan Taiwan termasuk di Kuala Lumpur sehingga mereka melantik saya sebagai duta pelancongan halal," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Dr Fazley berharap pelantikan tersebut dapat mendedahan lebih luas kepada masyarakat Malaysia yang ingin melancong ke Taiwan. 

- Agensi berita/ru

Komen Anda?

Top