Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dikatakan orang ke-3 antara Aliff Aziz & isteri, Afifah Nasir tutup ruangan komen Instagram

Pelakon Afifah Nasir yang dikaitkan dengan kes penyanyi Singapura, Aliff Aziz, yang ditahan polis kerana mengasari isterinya menutup ruangan komen di akaun Instagram beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Dikatakan orang ke-3 antara Aliff Aziz & isteri, Afifah Nasir tutup ruangan komen Instagram

Afifah Nasir bersama Aliff Aziz semasa menjalani penggambaran drama. (Gambar-gambar: @afifahnasir/Instagram)

Diterbitkan : 29 Jul 2017 03:12PM Dikemas Kini : 29 Jul 2017 03:41PM

SINGAPURA: Pelakon Afifah Nasir yang dikaitkan dengan kes penyanyi Singapura, Aliff Aziz, yang ditahan polis kerana mengasari isterinya menutup ruangan komen di akaun Instagram beliau.

Afifah yang juga adik kepada pelakon popular Anzalna, melakukan demikian selepas ruangan komen itu dihujani komen-komen warga siber yang rata-rata menghentam pembabitannya dengan lelaki berstatus suami orang.

Aliff ditahan polis Malaysia awal pagi semalam (28 Jul), setelah didakwa mengasari isteri beliau yang baru saja melahirkan bayi mereka 20 hari lalu.

Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan yang terletak di Kuala Lumpur pada Khamis (27 Jul).

Afifah yang dikatakan turut berada di lokasi kejadian didakwa menjadi punca pergelutan Aliff dengan isterinya, Bella Astillah.

Laman Astro Gempak pula melaporkan, nama Afifah tercatat dalam aduan polis yang dibuat oleh isteri Aliff.

Afifah bagaimanapun menafikan sebarang hubungan antara beliau dengan Aliff, menurut laporan Berita Harian Malaysia.

"Kami berjumpa atas urusan produksi. Pihak produksi mengetahui perkara sebenar dan mereka akan mengeluarkan kenyataan," kata Afifah kepada Berita Harian Malaysia.

Afifah Nasir, adik kepada pelakon popular Anzalna Nasir. (Gambar: @afifahnasir93/Instagram)

Isteri Aliff sebelum ini membuat kenyataan, dia mula menghidu hubungan mesra antara Afifah dan suaminya, kira-kira dua bulan lalu.

Difahamkan, Afifah bekerjasama dengan Aliff dalam satu drama bersiri yang bakal ditayangkan di sebuah stesen televisyen tidak lama lagi, lapor Astro Gempak.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan