Images
  • zul ariffin zahirah
    (Gambar: youtube.com/asal artis). 

Desas-desus Zul Ariffin nikah Zahirah timbul di tengah-tengah kemelut Zahirah, Kamal Adli dan Emma

KUALA LUMPUR: "Nikah? Tanya bapa dia (Zahirah)" jawab Zul Ariffin ketika diminta mengulas khabar angin bahawa pasangan tersebut sedang merancang mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Zul, 31 tahun, turut menjelaskan gambar patung anak jerung (baby shark) di laman Instagramnya bukanlah patung yang sama dalam foto Zahirah ketika beliau berada di lapangan terbang baru-baru ini.

"Patung itu peminat yang beri kepada saya kerana ia ada kaitan dengan drama saya Titian Cinta. Manakala yang Zahirah pegang di lapangan terbang itu peminat dia yang beri pada ketika itu.

"Ia bukanlah patung yang sama dan ia tiada kena mengena atau menggambarkan hubungan kami sekarang," katanya kepada mStar Online.

Zul ditemui mStar Online di majlis Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat (3 Nov).

Baru-baru ini, Zahirah MacWilson terkait dengan kontroversi hubungan cinta Kamal Adli dan Emma Maembong.

Apabila ditanya tentang status hubungan Zul dengan pelakon itu, Zul berkata, beliau menunggu kekasihnya itu pulang dari penggambaran di Bosnia untuk menjelaskan perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa yang perlu diselesaikan dan kena tunggu dia balik dahulu," ujarnya kepada mStar Online. 

- Agensi berita/AQ/aq

Komen Anda?

Top