Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Desas-desus Siti Nurhaliza hamil sekali lagi

Heboh di media sosial dengan desas-desus yang menyatakan penyanyi kesayangan ramai Siti Nurhaliza Tarudin sedang hamil.

Anggaran Waktu Membaca:
Desas-desus Siti Nurhaliza hamil sekali lagi

Siti Nurhaliza Tarudin.

Diterbitkan : 27 Jul 2017 05:02PM Dikemas Kini : 27 Jul 2017 05:04PM

MALAYSIA: Heboh di media sosial dengan desas-desus yang menyatakan penyanyi kesayangan ramai Siti Nurhaliza Tarudin sedang hamil.

Demikian menurut laporan akhbar Kosmo!.

Menyusuli khabar angin itu, laman Instagram Siti Nurhaliza dihujani dengan pertanyaan para peminat yang mahukan kepastian serta ucapan tahniah.

Bagaimanapun, suami beliau Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K menggesa agar para peminat bersabar dan menantikan pengesahan daripada Siti Nurhaliza sendiri, lapor laman The Star.

“Kami memang mahukan zuriat sejak kami bernikah 11 tahun lalu dan kami tidak pernah berhenti berusaha. Yang terbaik adalah jika kita sama-sama mendoakan supaya ia menjadi realiti,” kata Datuk K, seperti yang ditukil laman The Star.

Menurut sumber, Siti Nurhaliza baru-baru ini berjumpa dengan doktor pakar di sebuah hospital yang terletak di Kota Damansara bagi menjalani ujian kehamilan.

Pada Disember 2015, penyanyi itu berkongsi kesedihan beliau di laman Instagram setelah mengalami keguguran, lapor laman The Star.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan