Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

David Blaine dituduh rogol bekas model

Bekas model Natasha prince menuduh ahli silap mata popular David Blaine merogol beliau di sebuah rumah privet di kejiranan Chelsea di london pada tahun 2004.

Anggaran Waktu Membaca:
David Blaine dituduh rogol bekas model

(Gambar: David Blaine/Instagram)

Diterbitkan : 20 Oct 2017 11:04PM Dikemas Kini : 20 Oct 2017 11:09PM

LOS ANGELES: Bekas model Natasha prince menuduh ahli silap mata popular David Blaine merogol beliau di sebuah rumah privet di kejiranan Chelsea di london pada tahun 2004.

Beliau membuat tuduhan itu dalam satu wawancara dengan Daily Beast.

Apabila dihubungi Varietry, seorang jurucakap polis Met memberikan kenyataan berikut, berdasarkan perincian dari laporan Daily Beast, namun tidak mengesahkan identiti pihak-pihak yang terlibat: "Para pegawai dari Kawalan Penderaan Kanak-Kanak dan Kesalahan Seksual Met sedang menyiasat dakwaan rogol.

"Tuduhan itu dilaporkan kepada polis pada 17 November 2016 oleh seorang wanita yang mendakwa beliau dirogol di satu lokasi di Chelsea pada bulan Jun atau Julai 2004 semasa beliau berusia 21 tahun. Buat masa ini tiada penangkapan dibuat dan siasatan diteruskan."

BLAINE NAFI ROGOL MANA-MANA WANITA

Peguam Blaine, Marty singer, bagaimanapun menafikan tuduhan-tuduhan tersebut menerusi satu kenyataan kepada Variety.

"Klien saya menafikan sama sekali yang beliau merogol atau melakukan serangan seksual ke atas mana-mana wanita dan beliau khususnya menafikan (tuduhan) merogol seorang wanita pada tahun 2004. Jika terdapat siasatan polis, klien saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kerana tiada apa yang disembunyikannya," tulis peguam Blaine.

Prince memberitahu Daily Beast bahawa beliau bertemu dengan Blaine di sebuah kelab malam di Knightsbridge pada malam sebelum insiden yang didakwa.

"SAYA MENYUKAINYA"

Keesokan harinya Blaine dikatakan mengajak beliau ke rumah privet rakannya untuk minum bersama-sama. Apabila beliau memasuki rumah tersebut, Blaine memberikan soda vodka kepada Prince sebelum membawa beliau memasuki sebuah bilik. Perkara terakhir yang beliau ingat adalah Blaine memberitahunya supaya "habiskan minuman".

"Apabila saya bangun, saya berasa khayal," beliau memberitahu Daily Beast. "Lampu dihidupkan dan saya tidak memakai walau seurat benang pun. Blaine juga begitu di hujung katil."

Menurut Prince, beliau menunggu selama 13 tahun untuk membuat aduan polis kerana pada awalnya beliau menyangka insiden itu adalah kesilapan beliau sendiri.

"Saya tidak memikirkannya sebagai rogol," kata beliau.

"Saya salahkan diri saya. Saya menyukainya. Saya meminatinya. Jadi saya tidak terfikir untuk membuat aduan polis." 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan