Images
  • seri vida
    Gambar: Datoserivida/Instagram

Datuk Seri Vida syukur impian bawa anak tahfiz tunai umrah tercapai

KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida (DSV), bersyukur impiannya untuk membawa anak-anak tahfiz menunaikan umrah akhirnya tercapai, menurut Astro Awani.

Menerusi catatan Instagram (IG) miliknya, DSV mengakui beliau lama menyimpan hasrat itu dan beberapa kali rancangannya tergendala akibat mengalami masalah.

"Alhamdulillah, setelah banyak kali tergendala akhirnya impian saya tercapai untuk membawa anak-anak tahfiz tunaikan Umrah.

"Cuma saya tidak boleh pergi bersama mereka. Apabila saya balik dan kini giliran mereka yang pergi. Tak apalah, yang penting lepas hasrat saya.

"Selepas ini saya merancang untuk bawa pengguna Pamoga yang pulih dari penyakit yang tidak disangkakan boleh sembuh selepas minum Pamoga untuk saya bawa ke umrah," katanya dalam catatan Instagram menurut laporan Astro Awani.

Menurut Astro Awani lagi, rata-rata pengikut DSV mengakui kagum dengan sikap baik hati yang ditunjukkan olehnya dan berharap agar beliau dapat membantu lebih ramai nsan yang memerlukan.

- Agensi berita/SM/sm

Komen Anda?

Top