Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Datuk Seri Vida kerjasama dengan LV bagi beg tangan DSV-LV

Usahawan itu, yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida atau DSV, berkata rekaan mengikut tempahan itu akan tersedia untuk pasaran Asia Tenggara menjelang tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Datuk Seri Vida kerjasama dengan LV bagi beg tangan DSV-LV

Datuk Seri Vida di majlis pelancaran bukunya. (Gambar: Instagram/ Dato' Seri Dr. Hajah Vida)

Diterbitkan : 09 Sep 2017 11:22PM Dikemas Kini : 09 Sep 2017 11:26PM

JAKARTA: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengumumkan kerjasama beliau dengan jenama terkemuka, Louis Vuitton (LV) untuk menghasilkan produk beg tangan jenama sendiri, iaitu DSV-LV.

Usahawan itu, yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida atau DSV, berkata rekaan mengikut tempahan itu akan tersedia untuk pasaran Asia Tenggara menjelang tahun depan.

Vida memiliki lebih 100 beg tangan LV tempahan khusus yang boleh dilihat menerusi gambar di akaun Instragram beliau.

“Setengah-setengah pihak menuduh saya menunjuk-nunjuk kekayaan saya, namun sebenarnya, ia adalah bentuk promosi, iklan awal mengenai apa yang akan ada selepas ini.

“Semua orang tahu saya sangat sayangkan beg tangan saya, tetapi saya tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan produk beg tangan saya sendiri, memandangkan membuat beg tangan bukan kepakaran saya.

“Jadi, setakat ini, ia akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan LV,” katanya kepada wartawan Malaysia, selepas temu bual dengan V Radio FM di sini.

Vida berkata, beliau meminati beg tangan yang dihasilkan mengikut tempahan dan edisi terhad atas faktor keunikan dan produk itu jarang berada di pasaran, serta mempunyai nilai jualan semula yang tinggi.

“Saya akan membuat rekaan yang cantik, jarang (ada di pasaran) dan unik, khusus untuk peminat saya di Asia Tenggara. Beg itu mesti ada ‘bling’ dan bersilang,” katanya semasa temu bual dalam segmen “Bangun Pagi” di stesen radio tersebut.

Vida kini berada di Jakarta untuk mempromosikan lagi produk kosmetiknya di pasaran Indonesia, serta melancarkan buku beliau di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia esok.

Buku beliau, “I AM ME: Rahsia Niaga DS Vida” yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)  itu juga boleh didapati secara dalam talian di laman web ITBM, itbm.com.my.

Beliau berkata buku itu mengandungi nasihat berguna kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan kerana ia berkisar kisah perjalanannya dalam membina empayarnya yang kini bernilai berjuta-juta Ringgit.

"Mereka yang mahu memulakan perniagaan perlu mendapatkan buku ini supaya mendapat panduan bagaimana untuk tidak tersasar dan membuat pelaburan yang merugikan,” katanya kepada audien pada majlis pelancaran buku itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta.

Turut hadir Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia Zamsari Shaharan, Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) Budiman Mohd Zohdi dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan ITBM Mohd Khair Ngadiron.

Buku itu mendedahkan kejayaan dikecapinya bukannya dicapai dalam sekelip mata tetapi mengambil masa berdekad.

 Ia memaparkan pelbagai cabaran, kesulitan, kegagalan dan kekangan dihadapinya sebelum menjadi terkenal menerusi iklan produknya yang tular pada 2015.

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan