Images
  • chef wan vida
    Chef Wan dan Datuk Seri Vida. (Gambar: Instagram)

Chef Wan ‘tidak berdendam’ dengan Datuk Seri Vida

KUALA LUMPUR: Cef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tidak menyimpan dendam atau mempunyai masalah peribadi terhadap usahawan Datuk Seri Vida.

Menurut Chef Wan, seperti ditukil mStar, beliau mengagumi semangat yang ada pada Vida dan tidak pernah berasa iri hati dengan kejayaan wanita tersebut.

"Jauh daripada hati saya tak pernah berdendam atau pun nak melepaskan geram terhadap dia (Vida).

"Saya berasakan dia seorang wanita baik, bercita-cita tinggi dan kalau dia nak... dia nak juga," tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Sebelum ini, Chef Wan sering mengutarakan pendapat yang agak lantang mengenai penampilan Vida selaku penaja program televisyen.

Antaranya, Chef Wan mengecam tindakan Vida yang gemar menayangkan kemewahan di laman sosial, menurut mStar.

Alamak i kena tembak lagi la... Hee hee baik apa pun i take what happened last night as gurauan senda DS Vida. Masa Hari Ulangtahun Majalah Wanita 40 tahun pun saya dah explain to her why and also appologised to her if she terasa hati but at the same time i stand by my word and principal. Let past be on the past and that kita sama2 belajar dari kesilapan masing2 baik saya mau pun DS Vida. I still like her gila2 personality and for just wanting to be herself pun. Bila i was offered last night to be one of the jury depa tanya saya tak pe ke? Takut Chef tak selesa ke as DS taja show itu. I said..." La saya tak ada anything against her..no hasad dengki..berdendam etc in my heart pun or neither saya rasa guilty to say what i just said pun" Lets not dwell the thing of the past as we cant reverse them back pun. As manusia kita jangan simpan kemarahan mau pun berdendam berpanjangan malahan bermaafan..forgive and forget and look forward to the future. Deep inside my heart last night i dont think DS berdendam atau pun nak melepaskan geram dia. I am hopping tidak la. Sebab meeting her twice i still find her to be such a nice lady too except her personality is very strong, powerful and very determine. Dia nak ...dia nak jugak! Adoi mcm ni kena start sebulan telan 5 botol Pamoga dahulu la sebelum masuk meminang. Jika tidak tercabut kepala lutut saya nanti DS! Pls do forgive her for her action last night. I didnt thing she was attacking me on purpose if its true pun saya sudah memaafkan dia. I just want a happy and honest life. Minus all this drama minggu ini. Its so important untuk menjauhi sifat2 yg dendam atau pun marah yg berpanjangan. Remember i am Mr Sunshine. I need to smile and put everything in the past but look forward to a better future by being a more understanding, compassionate and forgiving to others. Life is so beautiful. Enjoy it while u can by being happy selalu. Insyallah Allah will show all of us that light at the end of the tunnel. Sedikit lebih kurang sudah. Tak ada yg kita rugi pun memaaf kan orang lain.

A post shared by chef wan (@chefwan58) on


Sementara itu, Chef Wan mengakui hanya bergurau dengan Vida pada malam siaran langsung Konsert Gegar Vaganza hujung minggu lalu.

"Apa yang berlaku hanya gurauan senda dengan DS Vida. Saya suka dengan personaliti gila-gilanya dan dia hanya menjadi diri sendiri.

"Soal meminang, nampaknya kena telan lima botol Pamoga dahulu la sebelum masuk meminang, jika tidak tercabut kepala lutut saya nanti DS!" gurau Chef Wan kepada mStar.

Sehubungan itu, Chef Wan berharap apa yang sudahpun berlaku antara beliau dan Vida menjadi pengajaran dan tidak perlu dikenang lagi.

Malah, beliau memilih untuk memaafkan dan tidak mahu terus berdrama.

"Penting untuk kita menjauhi sifat dendam atau pun marah yang berpanjangan.

"Sebagai manusia kita jangan simpan kemarahan mahu pun berdendam berpanjangan, elok bermaafan... forgive and forget and look forward to the future," ujarnya.

Video yang dimuat naik itu mendapat lebih 70,000 tontonan dan rata-rata komen yang ditinggalkan bersetuju dengan luahan Chef Wan tersebut.

Malah, ada pengikut yang memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh bapa kepada pelakon Serina ini.

- Agensi berita/IM/im

Komen Anda?

Top