Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Cef Wan sifatkan ijazah kehormat doktor 'hadiah hari jadi paling hebat'

Anda harus memanggilnya Profesor Datuk Chef Wan Ismail. Ini selepas cef popular itu menerima ijazah  kehormat doktor daripada Universiti Utara Malaysia (UUM). 

Anggaran Waktu Membaca:
Cef Wan sifatkan ijazah kehormat doktor 'hadiah hari jadi paling hebat'

Cef Wan ketika menerima ijazah kedoktoran kehormat. (Gambar: Instagram/chefwan58)

Diterbitkan : 19 Nov 2017 06:01PM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 06:17PM

KUALA LUMPUR: Anda harus memanggilnya Profesor Datuk Chef Wan Ismail. Ini selepas cef popular itu menerima ijazah kehormat doktor daripada Universiti Utara Malaysia (UUM).

Cef Selebriti Terbaik di dunia tahun 2009, Datuk Redzuawan Ismail baru-baru ini menerima ijazah kehormat doktor falsafah dalam bidang seni memasak dari Canselor Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak yang turut dihadiri Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, yang juga presiden Persatuan Alumni UUM, menurut New Straits Times.

Cef berusia 59 tahun itu menyifatkan ijazah kehormat kedoktoran itu sebagai "hadiah hari jadi paling hebat". Beliau akan mencecah usia 60 tahun pada 6 Januari depan.

Dalam catatan Instagramnya, Cef Wan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan anak-anaknya Cef Nadzri dan Serina kerana sentiasa berada di sisinya sepanjang kerjayanya.

"Saya bersyukur kepada Tuhan atas nikmat ini, ibu bapa saya dan anak-anak saya yang sentiasa mengorbankan masa mereka untuk memberikan sokongan kepada saya mencapai kejayaan dalam kerjaya saya," ditukil New Straits Times.

Catatan tersebut menjana lebih 1,900 'likes'. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan