Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Cef selebriti Fazley Yaakob menang Anugerah Profil Media Terbaik Le Cordon Bleu

Cef selebriti dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob mencatat kemenangan peribadi dan mengharumkan nama Malaysia setelah beliau menerima anugerah Profil Media Terbaik dalam majlis Anugerah Alumni 2017 Le Cordon Bleu.

Anggaran Waktu Membaca:
Cef selebriti Fazley Yaakob menang Anugerah Profil Media Terbaik Le Cordon Bleu

Cef selebriti Fazley Yaakob. (Gambar: Dato Fazley Yaakob)

Diterbitkan : 29 Sep 2017 12:56AM Dikemas Kini : 29 Sep 2017 01:04AM

KUALA LUMPUR: Cef selebriti dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob mencatat kemenangan peribadi dan mengharumkan nama Malaysia setelah beliau menerima anugerah Profil Media Terbaik dalam majlis Anugerah Alumni 2017 Le Cordon Bleu.

Pertandingan itu diadakan semasa majlis gala alumni tahunan di institut Le Cordon Bleu di Paris, lapor The New Straits Times (NST).

Cef berusia 39 tahun itu, yang memuat naik berita gembira tersebut di akaun Instagram beliau, menamatkan pengajian Diploma de Patisserie pada tahun 2013 dan Hautes Etudes du Gout (Pengajian Lanjutan dalam bidang Rasa) pada tahun lalu.

Selain daripada Cef Fazley, terdapat lagi tiga graduan yang yang disenaraikan dalam kategori yang sama, lapor NST.

Keempat-empat calon disenarai pendek daripada senarai penuh para calon, sebelum hanya dua daripada mereka dipilih. Cef Fazley dipilih sebagai pemenang utama anugerah tersebut.

Menerusi satu laporan oleh laman Berita Harian Malaysia, bapa tiga orang anak itu berkata: "Alhamdulillah, saya bersyukur di atas pengiktirafan ini dan juga kerana usaha-usaha saya sudah membuahkan hasil.

"Apa yang menarik adalah anugerah ini didedikasikan kepada alumni Le Cordon Blue yang cemerlang dan sudah menyumbang kepada dunia kulinari dan yang menerima liputan-liputan media meluas dalam bidang kerjaya masing-masing selepas menamatkan pengajian di institut itu," kata beliau seperti yang dipetik oleh NST.

Sebuah panel empat anggota juri ditugaskan untuk memilih pemenang anugerah.

Selain anugerah Profil Media Terbaik, dua lagi anugerah yang diberikan semasa majlis tersebut adalah Konsep Alumni Terbaik dan Usahawan Paling Berjaya, lapor NST.

Le Cordon Bleu adalah institusi pendidikan hospitaliti yang terbesar di dunia dan juga peneraju dalam bidang pengurusan hospitaliti, seni kulinari dan gastronomi sejak tahun 1985, dengan lebih 20,000 kemasukan penuntut dari 100 negara setiap tahun.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan