Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Cef Gordon Ramsay "terpotong tangan" dalam rancangan televisyen

Siapa yang tidak kenal Cef Gordon Ramsay, Cef terkemuka yang terkenal dengan sikapnya yang tegas.

Anggaran Waktu Membaca:
Cef Gordon Ramsay "terpotong tangan" dalam rancangan televisyen

Petikan gambar dari video. (Gambar: Nightly Show/YouTube)

Diterbitkan : 06 Apr 2017 09:27PM Dikemas Kini : 06 Apr 2017 09:47PM

BRITAIN: Siapa yang tidak kenal Cef Gordon Ramsay, Cef terkemuka yang terkenal dengan sikapnya yang tegas.

Maka, tidak hairanlah jika tiada seorang pun yang menyangka beliau mampu bersenda dan memperdaya orang lain.

Dalam satu rancangan televisyen Britain, Nightly Show yang dihoskan oleh Cef Gordon baru-baru ini, beliau memutuskan untuk menyediakan 'smoothie' khas buat tetamunya, iaitu pelawak Frank Skinner, sempena hari lahirnya.

Namun, apa yang tidak ketahui tetamunya itu dan juga para penonton di studio, Cef Gordon sebenarnya sudah merancang untuk memberi satu kejutan kepada mereka, menurut laman Metro.

Semuanya bermula apabila Cef Gordon dilihat seolah-olah berdepan beberapa masalah seperti tidak mempunyai pisau, tiada kain pengelap dan papan tempat memotong.

Cef Gordon kemudian mencuba untuk mengisar pisang namun mesin pengisar pula gagal dihidupkan.

Setelah memanggil beberapa kakitangan produksi rancangan, yang turut berpakat dengan beliau, Cef Gordon bergegas ke belakang pentas untuk memaklumkan kepada penonton di rumah tentang apa yang akan berlaku.

Sekembalinya beliau ke pentas, Cef Gordon berpura-pura membetulkan pisau mesin pengisar menggunakan tangannya dan pada waktu yang sama, ia tiba-tiba dapat dihidupkan dan 'darah' dapat dilihat memancut akibat tangan beliau yang cedera.

Ini membuat Encik Skinner dan para penonton begitu terkejut dan berasa ngeri.

Setelah membuat penonton tertanya-tanya melihat Cef Gordon mengerang kesakitan dan terbaring di lantai, beliau tiba-tiba bangun dan mendedahkan perkara sebenarnya, menurut laporan laman Metro.

Saksikan keletah Cef Gordon menerusi video berikut:

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan