Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Calon-calon Pesta Perdana 14 didedahkan; 18 calon kali pertama cuba nasib

Penganugerahan dunia lakonan tempatan edisi ke-14 itu juga menyaksikan seramai 18 calon tersenarai sebagai calon kali pertama.

Anggaran Waktu Membaca:
Calon-calon Pesta Perdana 14 didedahkan; 18 calon kali pertama cuba nasib

Pesta Perdana 2017. (Gambar: SURIA)

SINGAPURA: Taufik Batisah, Beto Kusyairy dan Nasir Bilal Khan merupakan antara pelakon yang tercalon bagi Pesta Perdana 2017, yang mengiktiraf bakat seni dunia televisyen Melayu tempatan.

Penganugerahan dunia lakonan tempatan edisi ke-14 itu juga menyaksikan seramai 18 calon tersenarai sebagai calon kali pertama.

Fir Rahman dan aktivis teater Siti Khalijah menjadi antara 18 calon itu, masing-masing bagi kategori lakonan untuk drama Bingit Sr 3 dan Kisah Tok Kadi.

Aktivis teater Siti K. (Gambar: Instagram/Siti Khalijah)

Lebih menarik lagi daripada 18 calon baru itu, hubungan keluarga bakal ditonjolkan dengan ibu dan menantu, Aminah Ahmad dan Fizah Nizam, masing-masing menerima satu pencalonan dan juga pasangan suami isteri, Keater H.M dan Wan Firzaleenazrah yang masing-masing menerima pencalonan dalam kategori lakonan dan penulisan.

4 BAKAT ASING JUGA DITAMPILKAN DI PESTA PERDANA KALI INI

Selain daripada 18 calon baru, Pesta Perdana 2017 juga menampilkan 3 bakat Malaysia yang turut dicalonkan dalam acara anugerah berprestij kali ini.

Beto Kusyairy sebagai Ustaz Shahrul dalam drama Kisah Tok Kadi. (Gambar: Facebook/ Beto Kusyairy)

Penangan watak Tok Kadi dalam siri drama Kisah Tok Kadi membuat Beto Kusyairy dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Watak Utama - Drama Bersiri.

Pelakon mapan Nasir Bilal Khan pula dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Watak Utama - Drama Khas / Antologi melalui drama Bak dan pelawak Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin dicalonkan dalam kategori Pelakon Terbaik Dalam Watak Komedi bagi drama Senarai Aji.

Selain daripada mereka, pelakon tempatan Tammie Chew juga berjaya menembusi dunia televisyen Melayu dengan pencalonan beliau dalam kategori Pelakon Harapan Terbaik bagi drama Menantu International.

Tammie Chew dengan pelakon Shahril Wahid semasa penggambaran Menantu International. (Gambar: Instagram/Tammie Chew)

32 ANUGERAH DIBERIKAN; BAKAT DIIKTIRAF ANTARABANGSA

Acara Pesta Perdana kali ini akan bertemakan 'Meraikan Permata Industri Televisyen' dan akan dihoskan oleh personaliti televisyen Fauzie Laily dan Huda Ali. Ia juga akan menampilkan 32 anugerah secara keseluruhan untuk disampaikan.

Syarikat Mediacorp Eaglevision mendahului senarai syarikat produksi dengan 59 pencalonan disusuli DV Studio (13), Papahan Films (10), Thinkplate (10) dan Dua M (9).

Ketua Bahagian Melayu Mediacorp Zakiah Halim berkata melalui satu kenyataan media: "Kami teruja dapat mengumumkan pencalonan bagi kategori program dan persembahan Pesta Perdana 2017.

"Kami juga menyaksikan penyertaan yang lebih bermutu bagi edisi Pesta Perdana ini. Peningkatan jumlah pencalonan diterima pelbagai syarikat produksi di pesta anugerah antarabangsa seperti Anugerah Televisyen Asia dan Anugerah Terbaik Televisyen & Filem Pesta New York pada beberapa tahun kebelakangan ini juga mencerminkan standard- standard yang meningkat."

Salah seorang bakat yang diiktiraf dalam pesta anugerah antarabangsa adalah Jeff Catz, yang menerima dua pencalonan bagi Pesta Perdana 2017 melalui drama Bunga Tanjong dan Jalan Ampas.

(dari kiri) Firdaus Rahman, Mastura Ahmad, Boo Junfeng dan Wan Hanafi Su di Pesta Filem Cannes. (Gambar: ALBERTO PIZZOLI / AFP)

(dari kiri) Firdaus Rahman, Mastura Ahmad, Boo Junfeng dan Wan Hanafi Su di Pesta Filem Cannes. (Gambar: ALBERTO PIZZOLI / AFP)

Para pelakon Apprentice, yang ditayangkan di Pesta Cannes 2016, Fir Rahman dan Mastura Ahmad juga menerima pencalonan dalam kategori lakonan.

KATEGORI YANG PALING DINANTI-NANTIKAN

Selain kategori pelakon terbaik, secara tradisi Pesta Perdana juga menawarkan dua kategori yang ditunggu orang ramai.

Kategori berkenaan juga dapat pelibatan orang ramai melalui pengundian mereka dan sejauh ini personaliti Nurul Aini menguasai kategori tersebut bagi personaliti wanita dengan kemenangan pada tiga edisi berturut-turut.

Kategori yang paling dinanti-nantikan itu adalah Personaliti Lelaki Paling Popular (calon-calon edisi kali ini; Aaron Aziz, Hisyam Hamid, Norman Ishak, Suzairhe Sumari dan Syarif) dan Personaliti Wanita Paling Popular (calon-calon edisi kali ini; Hannah Delisha, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin, Nurul Aini dan Sheiryn Aisiqa).

(Gambar: Facebook/ Suria)

Pengundian bagi kedua-dua kategori itu bermula 17 Mac 2017 hingga 31 Mac 2017, jam 10.30 malam.

Pesta Perdana akan disiarkan secara langsung dari Teater MES Mediacorp pada Jumaat (31 Mac) jam 8.30 malam di saluran Suria. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan