Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Brad Bufanda, pelakon watak Felix Toombs dalam Veronica Mars, bunuh diri

Pelakon Brad Bufanda, yang terkenal sebagai watak Felix Toombs dalam drama "Veronica Mars" meninggal dunia akibat membunuh diri, seperti disahkan laman berita Variety.com.

Anggaran Waktu Membaca:
Brad Bufanda, pelakon watak Felix Toombs dalam Veronica Mars, bunuh diri

Pelakon Brad Bufanda. (Gambar: Youtube)

Diterbitkan : 05 Nov 2017 05:28PM Dikemas Kini : 05 Nov 2017 05:31PM

LOS ANGELES: Pelakon Brad Bufanda, yang terkenal sebagai watak Felix Toombs dalam drama "Veronica Mars" meninggal dunia akibat membunuh diri, seperti disahkan laman berita Variety.com.

Mendiang berusia 34 tahun pada masa itu.

Menurut Lt. David Smith dari pejabat koroner Los Angeles County, Bufanda mati akibat kecederaan trauma selepas terjun dari sebuah bangunan di 300 blok South Fuller Avenue pada Rabu lalu (1 Nov). Encik Smith turut mengatakan bahawa nota ditemui di tempat kejadian, tetapi tidak boleh dedahkan kandungannya.

Pengurus pelakon tersebut Kristen Solem turut mengesahkan kematiannya.

"Kami amat sedih atas pemergian pelakon muda yang amat berbakat dan seorang yang penyayang," kata Cik Solem dalam kenyataannya ditukil laman Variety.com. "Beliau sedang menghidupkan semula kerjaya dalam bidang lakonan, dan baru sahaja menyelesaikan dua filem, dan kami amat terkejut dan sedih atas pemergiannya. Keluarganya menghargai jika tidak diganggu dalam masa-masa sukar ini."

Nama penuhnya adalah Fred Joseph Bufanda III semasa dilahirkan di California, dan beliau menukar namanya secara sah pada 2001. Selepas tamat pengajiannya, beliau berpindah ke Los Angeles untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang filem.

Selain berlakon dalam drama Veronica Mars bersama Kristen Bell, antara drama TV yang beliau pernah berlakon termasuk Malcolm in the Middle, CSI: Miami, Roseanne, Even Stevens dan Days of Our Lives.

Beliau juga pernah berlakon dalam filem A Cinderalla Story bersama Hilary Duff dan Chad Michael Murray, menurut laman Variety.com.

Bufanda terlatih sebagai pemain bola keranjang profesional, tetapi pulang ke Hollywood selepas mengalami kecederaan. Beliau turut berlakon dalam siri kabel Co-Ed Confidential pada 2008 sementara watak terakhirnya yang tersenarai adalah dalam komedi romantik Stan the Man pada 2018.  

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan