Images
  • Choi
    Choi Siwon. (Gambar: Choi Siwon/Instagram)

Bintang K-Pop, Choi Siwon, mohon maaf anjingnya serang pemilik restoran terkenal hingga mati

KOREA SELATAN: Choi Siwon, seorang anggota kumpulan K-pop Super Junior yang popular, memohon maaf di atas kematian pemilik restoran terkemuka yang meninggal dunia setelah diserang oleh anjing peliharaan keluarganya.

Kim, wanita berusia 53 tahun yang mengendalikan restoran Hanilkwan yang popular di Seoul, meninggal dunia di hospital disebabkan keracunan dalam darah pada 3 Oktober, beberapa hari selepas digigit oleh anjing peliharaan keluarga Choi.

Anjing itu, yang tidak diikat, dibawa keluar oleh bapa Choi apabila ia menyerang Cik Kim, yang merupakan jiran mereka.

"Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada keluarga mendiang dan mengucapkan takziah," tulis Choi di laman Instagram beliau.

"Sebagai anggota keluarga yang memelihara anjing itu saya berasa bertanggungjawab atas insiden tersebut," luah Choi, 31 tahun.

Namun, permohonan maaf beliau yang dibuat agak lewat mencetuskan kritikan online yang menyifatkan beliau sebagai tidak ikhlas.

Sedang beliau menerima kritikan demi kritikan, Choi memadam gambar dirinya memeluk anjing yang diberi nama Buxy, dari akaun Instagram.

- AFP/NK/nk

Komen Anda?

Top