Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Beyonce pilih nama Rumi dan Sir untuk anak kembar; Ada unsur Islam?

Menurut laman hiburan TMZ, pasangan itu memfailkan permohonan hak jenama anak-anak mereka bagi melindungi nama mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Beyonce pilih nama Rumi dan Sir untuk anak kembar; Ada unsur Islam?

Ratu hip-hop Amerika Syarikat Beyonce. (Gambar: Instagram/ Beyonce)

AMERIKA SYARIKAT: Pasangan bintang hip-hop Amerika Syarikat Beyonce dan Jay Z menamakan anak kembar mereka Rumi dan Sir Carter, seperti dilaporkan di media-media Amerika.

Menurut laman hiburan TMZ, pasangan itu memfailkan permohonan hak jenama anak-anak mereka bagi melindungi nama mereka.

Pelbagai barangan seperti kereta tolak, cawan, riben, dan alat permainan bayi dilindungi hak nama itu.

NAMUN APA SEBENAR MAKSUD NAMA RUMI, SIR

Lebih mengejutkan lagi apabila Mirror melaporkan maskud sebenar di sebalik nama Rumi dan Sir Carter.

Menurut Mirror, nama Rumi adalah sempena penghormatan kepada seorang ahli Sufi dan penulis puisi Islam pada abad ke-13 yang bernama Jalauddin Rumi.

Beliau dikenali kerana karya-karya kerohanian dan sufi dan perkara ini mencadangkan ia mungkin dipertimbangkan oleh pasangan itu.

Ini walaupun ada pihak mungkin mempersoalkan jika maksud keagamaan diselitkan secara sengaja.

Mirror juga menyatakan Rumi adalah perkataan bahasa Yunani yang merujuk kepada Empayar Rom. Bandar Rom dalam bahasa Arab disebut sebagai Ruma.

Sementara itu nama Sir pula merujuk kepada puisi terkenal Jalauddin Rumi yang berbunyi: "Bawalah minuman cinta dan kebebasan. Tetapi Sir, ada puting beliung yang sedang ke sini. Lebihkan minuman itu, kami akan mengajar puting beliung ini beberapa perkara."

Dalam bahasa Arab juga, Sir bermakna 'rahsia'.

Laman Behind The Name pula menacadangkan nama Sir dalam bentuk Cyrus membawa maksud "mahkota".

Dengan status pasangan itu dalam industri hiburan Amerika, mungkin tidak hairanlah nama itu dipilih mereka. 

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan