Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Benarkah, Rozita Che Wan tergolong sebagai artis paling kaya?

Bila pelakon jelita kelahiran Kedah, Rozita Che Wan semakin kurang muncul untuk drama-drama terbitan syarikat penerbitan Malaysia, ramai juga menyangka bahawa beliau seolah-oleh sudah mengucapkan selamat tinggal pada dunia lakonan.

Anggaran Waktu Membaca:
Benarkah, Rozita Che Wan tergolong sebagai artis paling kaya?

Selebriti terkenal Rozita Che Wan. (Gambar: Rozita Che Wan)

Diterbitkan : 07 Apr 2017 11:41PM Dikemas Kini : 07 Apr 2017 11:48PM

BERITAMediacorp: Bila pelakon jelita kelahiran Kedah, Rozita Che Wan semakin kurang muncul untuk drama-drama terbitan syarikat penerbitan Malaysia, ramai juga menyangka bahawa beliau seolah-oleh sudah mengucapkan selamat tinggal pada dunia lakonan.

Ini kerana sebelum ini, Rozita, yang juga dikenali sebagai Che Ta, merupakan antara pelakon wanita paling laris dengan tawaran lakonan tanpa henti sebelum beliau berkahwin dengan pelakon Zain Saidin.

BERITAMediacorp sempat menghubungi wanita cantik itu menerusi panggilan jauh baru-baru ini untuk mendapatkan kepastian darinya.

"Saya nak beri tumpuan pada bisnis. Lagipun tawaran berlakon takdelah kencang sangat macam sebelum ini," jelas Che Ta memberi pengakuan.

LEBIH SENANG JADI HOS DARIPADA BERLAKON

Lakonan tetap menjadi kerjayanya sekarang ini. Cuma beliau terpaksa memilih tawaran lakonan yang tidak memerlukan beliau untuk berada di set terlalu lama.

“Kita nak tengok anak, suami. Jika 30 hari di set penat. Macam dulu I tak ade bisnis, I kena fokus pada lakonan. Sekarang dah ada bisnis, tentunya I nak tumpukan pada bisnes. Bila tak terlalu sibuk baru boleh berlakon,” ujar beliau.

Sebelum bulan puasa nanti, ibu kepada si comel yang popular Aaisyah Dhia Rana itu akan kembali ke set penggambaran untuk tiga telemovie Hari Raya bagi televisyen Astro dan TV3 kongsinya baru-baru ini.

Wanita yang mempunyai perwatakan ceria itu turut berkongsi keseronokan menjadi hos program televisyen sendiri seperti Teh Tarek Che Ta dan Resipi Memikat Isteri, terbitan syarikat produksinya iaitu Padusi Pictures dalam masa terdekat ini .

"Jadi hos sangat senang. Lagi senang seribu kali ganda. Nak dapat satu episod setengah hari jer. Kalau berlakon satu episod ambil 3 hingga 4 hari,” terang Che Ta sambil tertawa.

Aisyaah Dhia Rana.

CHE TA TAK MAKAN DUIT ANAK

Bukan sahaja Che Ta serta suami disibukkan dengan kehidupan sebagai artis. Anak kesayangan mereka yang berusia 2 tahun 3 bulan, iaitu Aaisyah, sudahpun mempunyai program televisyennya sendiri berjudul Aaisyah Dhia Rana: Little Princess. Ia bakal ditayangkan di saluran Astro Ria bermula 12 April ini.

Untuk program realiti tersebut, kesemua aksi dan keletah si kecil dirakamkan hanya untuk mempamerkan 'apa yang dia buat, apa yang dia bebelkan'.

Mudah untuk Aaisyah kerana menurut Che Ta, "sebab Aaisyah tak perlu skrip". Malah, "mereka shoot saja apa dia buat (ketawa) macam pergi ke zoo,” katanya lagi.

Tidakkah Che Ta bimbang jika ada kata-kata sinis nanti kononnya Che Ta seakan ambil kesempatan terhadap populariti anak apabila mengizinkan anak kesayangan pasangan artis itu muncul untuk program realiti dalam usia yang begitu muda sekali?

Terang Che Ta: “Mereka tak boleh cakap I gunakan anak sebagai kesempatan sebab kita bukan tidak ada pekerjaan kan? Kita bagi dia peluang sebab itu rezeki anak kita dan satu sen pun kita tak gunakan duit anak itu.

“Lainlah I ni tak kerja harapkan rezeki daripada anak. Kita pun ada kerjaya kita, ada bisnis kita.”

Beliau menambah bahawa setiap ibu-bapa mempunyai cara masing-masing untuk mendidik dan membesarkan anak-anak. Che Ta sendiri membuktikan beliau berjaya membesarkan 2 anak bujangnya daripada perkahwinan pertamanya dulu.

"Asalkan kita dah bagi dia pendidikan agama, asas yang betul, sesiapapun tak boleh pertikaikan cara ibu bapa jaga anak mereka. Lainlah kalau anak dia jadi sampah, barulah you boleh kata 'eh tengok tu anak dia’.

“I rasa tak perlu ada kata-kata yang mempertikaikan macam mana saya jaga, didik dan besarkan Aaisyah,” kata Che Ta membela dirinya.

SIAPA MENTOR ROZITA CHE WAN DALAM PERNIAGAAN?

Berkat kerja keras dan kegigihan beliau sendiri, Che Ta dilihat oleh ramai sebagai artis yang cukup berjaya dengan bisnis produk kecantikannya yang cukup popular seperti Jus Goyang Rapat, Perfume Precious dan Perfume Gorgeous bukan sahaja di seluruh Malaysia, malah juga di Singapura dan Brunei. Beliau juga mengeluarkan abaya eksklusif untuk jenamanya sendiri iaitu Padusi Couture.

(Gambar-gambar: Rozita Che Wan)

Adakah Che Ta tergolong sebagai artis paling kaya dan berjaya dengan bisnisnya itu?

Namun, Che Ta tetap bersikap merendah diri menerusi respons beliau:

“Oh ya ke? Takdelah. I biasa-biasa saja. I tak tahu pulak. Syukur Alhamdulillah. Saya sendiri tak ada sesiapa untuk nak bergantung jadi kita terpaksa sendirilah.”

Che Ta berkata, petua kejayaan beliau dalam dunia perniagaan ialah perlu ada ilmu, tahu hala tuju hidup dan perlu ada usaha dan tindakan, bukan setakat angan-angan sahaja. Mempunyai seorang mentor juga penting baginya. Antara mentor Che Ta ialah usahawan kosmetik Dato Alif Syukri rupa-rupanya.

Kongsi Che Ta dengan bersungguh-sungguh: "Dia muda dah berjaya dan kaya. Belum lagi 30 tahun tapi dia pengusaha kosmetik yang sangat kaya dan berjaya. Itu saja yang kita nak dalam hidup kita.”

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan