Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ben Nathan semakin pulih, sedia bertemu peminat

Ben Nathan, penyanyi era 80-an yang popular dengan lagu 'Stanza Sepi Sekeping Hati', kini bersedia untuk kembali bertemu peminatnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ben Nathan semakin pulih, sedia bertemu peminat

Ben Nathan semasa muda. (Gambar: Facebook/Ben Nathan)

Diterbitkan : 12 Mar 2017 07:19PM Dikemas Kini : 12 Mar 2017 07:32PM

KUALA LUMPUR: Ben Nathan, penyanyi era 80-an yang popular dengan lagu 'Stanza Sepi Sekeping Hati', kini bersedia untuk kembali bertemu peminatnya.

Perkara itu disahkan Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk DJ Dave, individu yang bertanggungjawab membawa penyanyi tersebut menjalani rawatan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

BEN NATHAN KINI LEBIH BERSEMANGAT

DJ Dave berkata Ben Nathan kini lebih bersemangat walaupun masih menerima rawatan dan beliau memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk membantunya kembali pulih.

"Dia sudah pulih 80 peratus dan masih menjalani rawatan di hospital dan di wad pun dia sangat aktif serta berkelakuan baik.

"Apa yang orang ramai cakap negatif mengenainya adalah tidak betul, saya ingin jelaskan lagi sekali yang dia bukanlah penagih dadah, dia bersih dan saya percaya dia sama seperti dulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini (12 Mac).

KES BEN Nathan sebenarnya menjadi titik mula PEMBUKA MATA pada manusia yang MEMEGANG Kuasa dalam membentuk atau memulih atau menjaga GOLONGAN yang di katakan GILA.....Saya warga KL MENGENAL Ben nathan SEJAK 90AN LAGI dia mengalami masaalah mental.....beliau di kategorikan "GILA".........Apa yang dj dave buat ini amat amat bermakna bagi semua...bukan Ben Nathan seorang....jika golongan ini di beri ruang khas ..kita dapat lihat akan hasil nya.....bukan Bagi makan atau Kurung menunggu ajal.......harap pihak berkuasa BUKA OTAK....tanpa PILIH KASIH...sudah tentu masyarakat DAN ahli keluarga semua gembira........satu perbuatan yang amat mulia...RAHSIA Tuhan ..bahawa gila itu ada penawarnya....TUHAN JADIKAN MANUSIA penuh nilai kasih sayang.....

Posted by Mazli Hassan on Saturday, 11 March 2017

AKAN ANJUR 'KONSERT KASIH & HARAPAN BEN NATHAN'

DJ Dave berkata YA1M akan menganjurkan Konsert Kasih & Harapan Ben Nathan, bagi menghargai sokongan peminat artis tersebut.

"Itu merupakan fasa kedua yang akan dilaksanakan YA1M selepas beliau
betul-betul sihat dan sudah bersedia menghiburkan peminat setianya," katanya.

YA1M turut akan membawa Ben Nathan ke Jakarta, Indonesia bagi menunaikan impiannya merakam kembali lagu hit beliau dan lagu baru.

BEN NATHAN LAHIR RASA SYUKUR

Sementara itu, Ben Nathan yang turut menjadi tetamu rancangan itu melahirkan rasa syukur dengan bantuan yang dihulurkan dan berterima kasih kepada rakan karibnya itu serta kakitangan HKL.

"Bila saya buat persembahan hari ini saya rasa puas, semua rawatan dan khidmat yang diberikan pihak hospital saya ikut bagi memastikan saya bersedia untuk kemunculan semula nanti," katanya.

Awal tahun ini, video mengenai Ben Nathan tular di laman sosial Facebook, yang memaparkan penyanyi itu merayau-rayau tanpa tujuan di Kuala Lumpur.

Ia menunjukkan Ben, yang ketika itu hidup gelandangan, dengan rambut kusut-masai menerima ang pow daripada seorang yang tidak dikenali. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan