Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ben Nathan kini mahu tunai umrah di Makkah, setelah 'dipulihkan'

Penyanyi Malaysia yang terkenal dengan lagu 'Stanza Sepi Sekeping Hati', Ben Nathan, berkata beliau berhasrat menunaikan umrah setelah selesai merakamkan lagu di Jakarta.

Anggaran Waktu Membaca:
Ben Nathan kini mahu tunai umrah di Makkah, setelah 'dipulihkan'

Ben Nathan di rancangan Selamat Pagi Malaysia pada 12 Mac. (Gambar: Petikan dari video RTM)

Diterbitkan : 12 Mar 2017 10:58PM Dikemas Kini : 12 Mar 2017 11:05PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Malaysia yang terkenal dengan lagu 'Stanza Sepi Sekeping Hati', Ben Nathan, berkata beliau berhasrat menunaikan umrah setelah selesai merakamkan lagu di Jakarta.

Ben Nathan, atau nama Islamnya, Ben Adam Abdullah, 54 tahun, yang kini kelihatan jauh lebih bersih, kemas dan teratur serta berambut pendek, berkata demikian kepada Utusan Malaysia hari ini (12 Mac).

“Selepas merakam lagu di Jakarta nanti, saya merancang untuk menunaikan umrah. Di samping beribadah, saya juga ingin merakamkan muzik video lagu baharu tersebut di sana," kata Ben kepada Utusan Malaysia.

Pagi tadi, penyanyi era 80-an yang sebelum ini menggemparkan dunia hiburan Melayu setelah ditemui merayau-rayau dan tidur di tepi jalan di Kuala Lumpur, membuat penampilan di rancangan 'Selamat Pagi Malaysia' terbitan RTM bersama DJ Dave, Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M).

KES BEN Nathan sebenarnya menjadi titik mula PEMBUKA MATA pada manusia yang MEMEGANG Kuasa dalam membentuk atau memulih atau menjaga GOLONGAN yang di katakan GILA.....Saya warga KL MENGENAL Ben nathan SEJAK 90AN LAGI dia mengalami masaalah mental.....beliau di kategorikan "GILA".........Apa yang dj dave buat ini amat amat bermakna bagi semua...bukan Ben Nathan seorang....jika golongan ini di beri ruang khas ..kita dapat lihat akan hasil nya.....bukan Bagi makan atau Kurung menunggu ajal.......harap pihak berkuasa BUKA OTAK....tanpa PILIH KASIH...sudah tentu masyarakat DAN ahli keluarga semua gembira........satu perbuatan yang amat mulia...RAHSIA Tuhan ..bahawa gila itu ada penawarnya....TUHAN JADIKAN MANUSIA penuh nilai kasih sayang.....

Posted by Mazli Hassan on Saturday, 11 March 2017

Penampilannya hari ini jauh berbeza dengan keadaan beliau dalam sebuah video yang menjadi viral awal tahun ini, di mana beliau, dengan rambut kusut-masai, dirakamkan menerima ang pow daripada seorang yang tidak dikenali.

Setelah video itu menjadi viral di media sosial, Ben, yang ketika itu hidup gelandangan, dipujuk oleh DJ Dave dan anggota keluarganya supaya mendapatkan rawatan di psikiatri di Hospital Kuala Lumpur sejak sebulan lalu.

Ben meluahkan rasa berterima kasih kepada semua yang menyokong dan membantunya selama ini, dan berkata beliau mematuhi semua peraturan hospital.

"Pihak hospital turut menyedia pelbagai aktiviti untuk saya bersama pesakit lain seperti bermain karom dan sesekali saya menghiburkan mereka dengan nyanyian saya," katanya kepada Utusan Malaysia.

DJ Dave berkata YA1M akan menganjurkan Konsert Kasih & Harapan Ben Nathan, bagi menghargai sokongan peminat artis tersebut.

Katanya, pihak yayasan dan Jojo Events menetapkan 21 Mei ini untuk mengadakan konsert itu, yang akan berlangsung di Saloma Bistro. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan