Images
  • ben affleck
    Pelakon bintang Hollywood, Ben Affleck. (Gambar: AFP/ALAIN JOCARD)

Ben Affleck digugurkan daripada terus jadi Batman?

HOLLYWOOD: Pelakon hebat Amerika Syarikat Ben Affleck menolak spekulasi bahawa beliau digugurkan daripada memainkan watak Batman. Penafian tersebut disuarakan semasa satu majlis penyampaian Warner Bros. pada Sabtu (22 Jul).

Majlis penyampaian itu adalah untuk memperkenalkan filem "Justice League" dan mengumumkan filem susulan "Wonder Woman".

Khabar angin yang disampaikan kepada pihak media hiburan Amerika ialah syarikat Warner Bros. sedang mencari pelakon baru bagi menggantikan Affleck, 44 tahun, untuk menerajui francais Batman sendiri.

"Biar saya menjelaskan - Saya lelaki paling bernasib baik dalam dunia ini," kata Affleck kepada 6,000 orang yang hadir di acara Comic-Con di bandar San Diego.

"Batman adalah watak paling hebat... di mana-mana bahagian dunia, D.C, Marvel, ia sangat hebat. Saya teruja dapat menjayakan watak itu."

Beliau menambah bahawa selepas dua kali menjayakan watak Batman di D.C. Comics Extended Universe (DCEU) Warner Bros., bos-bos Warner Bros. Kevin Tsujihara, Sue Kroll dan Toby Emmerich memberitahunya bahawa watak itu akan terus dilakonkan Affleck.

"Saya percayakan mereka," kata Affleck yang berseloroh bahawa beliau "tidak kisah menjadi beruk" bagi Matt Reeves, iaitu pengarah bagi filem "The Batman" selepas cemerlang sebagai pengarah filem "War for the Planet of the Apes".

Affleck akan menjayakan watak Batman dalam filem "Justice League" arahan Zack Snyder yang akan ditayangkan November ini.

Di acara Comic-Con itu para pelakon lain filem tersebut turut ditampilkan - Gal Gadot (Wonder Woman), Jason Momoa (Aquaman), Ezra Miller (The Flash) dan Ray Fisher (Cyborg). 

- AFP/ru

Komen Anda?

Top