Bekas ratu hip-hop M'sia, Mizz Nina, kini lebih gemar mengaji
Kegiatan kerap dilakukan beliau kini, menurut laporan mStar Online, lebih tertumpu kepada membaca al-Quran pada setiap pagi manakala hujung minggu pula beliau menghadiri kelas mengaji.
MALAYSIA: Sebelum ini Mizz Nina sering digelar sebagai ratu hip-hop Malaysia namun semuanya berubah selepas beliau memakai hijab sejak 2013.
Kegiatan kerap dilakukan beliau kini, menurut laporan mStar Online, lebih tertumpu kepada membaca al-Quran pada setiap pagi manakala hujung minggu pula beliau menghadiri kelas mengaji.
"Setiap pagi saya akan membaca Al-Quran dan hujung minggu saya ada kelas mengaji pula. Saya rasa lebih tenang dan seronok menjalani hari-hari saya.
"Walaupun kadang-kala ada juga perasaan malas tapi saya paksa juga. Lama-kelamaan sudah menjadi amalan setiap hari. Buat masa ini, saya masih lagi dalam proses belajar sebutan ayat dengan tepat dan betul," kata Mizz Nina yang memberitahu mStar Online bahawa kini beliau lebih selesa menjadi pengacara.
Mizz Nina atau Syazrina Azman, 36 tahun, berkata beliau sedang berusaha menguatkan diri untuk sentiasa istiqamah dalam penghijrahannya.
"Saya masih lagi berusaha keras untuk memastikan penghijrahan saya tidak terhenti separuh jalan. Sebab itu orang selalu cakap bila nak berubah ke arah yang lebih baik ini kena istiqamah.
"Selain itu, kawan-kawan yang rapat juga memainkan peranan penting. Kena saling mengingati satu sama lain untuk melakukan perkara yang wajib dan baik," ujarnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.