Images
  • bsb
    Para anggota kugiran popular Backstreet Boys Kevin Richardson, Howie Dorough, Nick Carter, Brian Littrell dan AJ McLean. (Gambar: Dia Dipasupil/Getty Images for iHeart Media/AFP)

Backstreet Boys kembali buat persembahan di S'pura 21 Oktober ini

SINGAPURA: Kugiran lelaki popular Backstreet Boys akan kembali ke Singapura untuk sebuah konsert di Stadium Negara pada 21 Oktober.

Konsert di Singapura itu adalah satu-satunya perhentian Asia dalam jelajah kumpulan itu, yang kali terakhir berada di sini pada 2015.

Tiket-tiket berharga S$248, S$208, S$188, S$148 dan S$108 dan akan dijual mulai 8 September pukul 10.00 pagi di www.sportshubtix.sg, semua cawangan SingPost dan pondok tiket Stadium Tertutup Singapura.

Penjualan awal tiket-tiket bagi para anggota kelab peminat kugiran itu akan bermula pada 6 September pukul 10.00 pagi.

Backstreet Boys adalah kugiran lelaki yang paling berjaya selama ini dengan lagu-lagu popular seperti I Want It That Way, Quit Playing Games (With My Heart) dan As Long As You Love Me dan Backstreet's Back.

- CNA/RU/ru

Komen Anda?

Top