Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Babak gay' tidak ditapis, M'sia akan tayangkan juga 'Beauty and the Beast'

Filem blockbuster Walt Disney, 'Beauty and the Beast' akan ditayangkan di Malaysia pada bulan ini tanpa ditapis sama sekali.

Anggaran Waktu Membaca:
'Babak gay' tidak ditapis, M'sia akan tayangkan juga 'Beauty and the Beast'

Para pelakon dan pengarah filem 'Beauty and the Beast'. (Gambar fail: REUTERS/Mario Anzuoni)

Diterbitkan : 21 Mar 2017 09:43PM Dikemas Kini : 21 Mar 2017 09:48PM

KUALA LUMPUR: Filem blockbuster Walt Disney, 'Beauty and the Beast' akan ditayangkan di Malaysia pada bulan ini tanpa ditapis sama sekali.

Demikian menurut syarikat itu hari ini (21 Mac), setelah pihak penapisan filem negara itu sebelum ini meminta "babak gay" ditapis daripada filem tersebut.

Lembaga Penapisan Filem Malaysia pada minggu lalu menyatakan filem tersebut dilarang daripada ditayangkan di negara itu selagi Disney tidak menapis adegan gay tersebut.

Disney enggan berbuat demikian dan para pengedar filem tempatan meminta lembaga itu supaya menimbangkan semula keputusan mereka.

"Kami dengan gembira mengumumkan bahawa filem Disney 'Beauty and the Beast' kini dibenarkan ditayangkan di Malaysia tanpa ditapis sama sekali, dengan rating PG13," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

Rating PG13 bermakna bimbingan ibu bapa dinasihatkan bagi kanak-kanak yang berusia bawah 13 tahun.

Lembaga Penapisan Filem Malaysia tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen tentang keputusan pusingan-U mereka itu.

Ramai pengguna di Twitter melahirkan rasa teruja atas berita itu.

Dibintangi Emma Watson sebagai gadis bernama Belle yang jatuh cinta dengan Makhluk Hodoh, filem itu menampilkan watak gay buat pertama kali dalam sejarah Disney.

Watak itu, LeFou, adalah rakan watak jahat utama filem itu, Gaston, dan mencetuskan seruan di kalangan kumpulan-kumpulan konservatif di seluruh dunia supaya memboikot filem tersebut.

Filem berkenaan meraih penjualan tiket AS$170 juta (S$237 juta) hujung minggu lalu di Amerika Utara, mencatatkan rekod baru bagi tayangan perdana pada Mac.

Malaysia sebelum ini menyekat tayangan filem-filem Hollywood yang dianggap tidak sensitif terhadap agama, seperti 'The Prince of Egypt' pada 1998 yang memaparkan kisah dalam buku Injil tentang Nabi Musa dan 'Babe' pada 1995 yang menampilkan seekor babi sebagai watak utamanya. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan