Awal Ashaari dan Scha berang atas komen terhadap tumbesaran Lara
Pasangan selebriti terkenal Malaysia Awal Ashaari, 36 tahun dan Scha Al-Yahya, 34 tahun, naik berang selepas komen seorang pengikut akaun Instagram terhadap anak mereka, Lara Alanna, yang berusia tiga tahun.
KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti terkenal Malaysia Awal Ashaari, 36 tahun dan Scha Al-Yahya, 34 tahun, naik berang selepas komen seorang pengikut akaun Instagram terhadap anak mereka, Lara Alanna, yang berusia tiga tahun.
Komen daripada pengguna @orchidpimlico dilakukan selepas Awal Ashaari memuat naik gambar inspirasi, lapor New Straits Times.
Pengguna tersebut menurunkan komen mengenai perkembangan tumbesaran Lara yang lambat, dan Awal dan Scha seharusnya membawa anak mereka untuk berjumpa para pakar.
Tulisannya berbunyi: "Lara perlu dirujuk kepada pakar untuk memeriksa mengapa dia amat lembap."
Malah pengguna itu turut mengesyorkan pasangan tersebut lebih banyak menumpukan perhatian kepada kegiatan dan pembelajaran Lara, serta meluangkan masa bermutu untuk memperkukuhkan hubungan mereka.
Komen tersebut menjadi kecoh di media sosial, dengan beberapa pengguna internet menyifatkannya sebagai biadap dan tidak berpatutan, menurut laman berita New Straits Times.
Awal, yang tidak puas hati dengan komen tersebut memberikan respons dengan berkata: "Amat sedih apabila orang menghukum berdasarkan apa yang mereka lihat dalam Instagram. Apa yang saya boleh katakan ialah anda bukan siapa tetapi orang luar yang tidak dikenali. Sama ada perkembangan anak saya cepat atau lambat, itu masalah saya, bukan masalah anda."
Scha turut memberikan respons terhadap komen tersebut dengan mengatakan: "Jika saya tidak memuat naik gambar saya meluangkan masa bersama anak saya, ia tidak bermakna saya tidak melakukannya. Saya tidak kongsi semuanya di sini. Bagi tumbesarannya pula, jangan risau, kami mempunyai pasukan yang hebat untuk menyokong dan membantu kami sejak usianya 17 bulan lagi. Lembap atau cepat, kemajuan tetap kemajuan."
Awal dan Scha bernikah pada 4 Mei 2012.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.