Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Artis Indonesia Julia Perez meninggal dunia

Artis Indonesia Yulia Rahmawati, yang lebih dikenali sebagai Julia Perez atau Jupe menghembuskan nafas terakhir setelah sekitar satu tahun bertarung dengan barah pangkal rahim.

Anggaran Waktu Membaca:
Artis Indonesia Julia Perez meninggal dunia

Allahyarhamha Julia Perez. (Gambar: KapanLagi.com/Merdeka.com)

Diterbitkan : 10 Jun 2017 03:54PM Dikemas Kini : 10 Jun 2017 03:59PM

MERDEKA.COM: Artis Indonesia Yulia Rahmawati, yang lebih dikenali sebagai Julia Perez atau Jupe menghembuskan nafas terakhir setelah sekitar satu tahun bertarung dengan barah pangkal rahim.

Khabar duka tersebut diungkapkan oleh adik kandung Allahyarhamha, Nia Anggia melalui akaun media sosial Instagramnya @anggitheperez.

"Innalilahiwainailahirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez. Minta doanya ya semua, terimakasih semua atas supportnya selama ini. I LOVE YOU YULI," demikian ditulis Anggia.

Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, Jupe menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 11.00 pagi (Waktu Indonesia Barat) hari ini (10 Jun) di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM), Jakarta Pusat.

Awal dari itu, dalam keadaannya yang sakit, Jupe masih terus menguntum senyuman. Rakan-rakan artis serta rakan pejabat juga sempat menjenguk Jupe sepanjang beliau dirawat.

Nia Anggia juga sering mendampingi Allahyarhamha Jupe selama dirawat di RSCM, Jakarta Pusat. Melalui akaun media sosialnya, Anggia kerap memuat naik kegiatan Jupe semasa beliau dirawat.

Pada Khamis, (8 Jun) Allahyarhamha Julia Perez dibawa ke wad pembedahan RSCM.

Setelah ditanya tentang perkembangan terbarunya, pihak keluarga menjelaskan keadaannya setelah pembedahan itu berjaya dijalankan.

"Sudah selesai operasinya, Alhamdulillah. Sekarang masih ada di ruang ICU," kata Nia Anggia, adik Allahyarhamha, ketika dihubungi melalui pesanan WhatsApp, pada petang Jumaat (9 Jun).

Pengurus Jupe yang baru saja menjenguk turut menjelaskan keadaan sahabat penyanyi Ayu Ting Ting itu. Memang benar operasi sudah selesai, namun keadaan wanita berusia 36 tahun itu belum benar-benar pulih, katanya.

Allahyarhamha sudahpun menjalani perawatan intensif di RSCM selama lebih kurang lima bulan akibat barah pangkal rahim. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan