Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

APM 2017 suntik kesegaran; tampil prelud di Grand Prix F1 M'sia

Buat pertama kalinya, beberapa calon dan pemenang APM terdahulu membuat persembahan dalam temasya Grand Prix F1 Petronas di Sepang, Kuala Lumpur. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Keputusan pemenang Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 akan diketahui Sabtu depan (14 Okt).

Lantaran itu, prelud APM 2017 yang diadakan baru-baru ini diharap dapat memberi para penonton imbasan pengalaman majlis anugerah berprestij itu.

Buat pertama kalinya, beberapa calon dan pemenang APM terdahulu membuat persembahan dalam temasya Grand Prix F1 Petronas di Sepang, Kuala Lumpur.

PRELUD APM 2017 HARAP DAPAT PERTINGKAT KEHANGATAN, KEGHAIRAHAN

Kehangatan APM 2017 sudah mula dirasai selepas prelud APM menjadi acara kemuncak konsert penutup Grand Prix Malaysia Petronas Formula 1.

Penyanyi-penyanyi hebat serantau seperti Aisyah Aziz dari Singapura, Hael Husaini dari Malaysia dan Rossa dari Indonesia mewarnai acara penutup tirai itu yang sekaligus menandakan perlumbaan F1 terakhir di Malaysia.

"Kami agak teruja dapat membawa pentas APM ke F1 Sepang Kuala Lumpur dan pastinya kolaborasi ini memberi peluang kepada APM, sebuah acara serantau berkolaborasi dengan F1 satu jenama yang dikenali di peringkat antarabangsa.

"Diharapkan dengan adanya prelud APM 2017 dapat lagi meningkatkan kehangatan dan keghairahan untuk para penonton dan peminat F1 untuk menyaksikan APM pada 14 Oktober di Singapura," kata Ketua Penyiaran Melayu Mediacorp Zakiah Halim.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang Razlan Razali berkata: "Kami bekerjasama dengan Mediacorp secara rapat bagi mempersembahkan hiburan yang baik bagi para peminat di rantau ini dengan menampilkan para penyanyi utama dari Asia Tenggara. Walaupun ada rasa sedikit kesedihan memandangankan ia perlumbaan F1 terakhir di Malaysia, kami mengakhirinya dengan baik bagi para peminat untuk meraikan dan mengalami F1 di Malaysia."

HARAPAN ARTIS YANG BUAT PERSEMBAHAN

(Gambar-gambar: Mediacorp Suria)

Harapan yang sama dilahirkan artis-artis yang tampil dengan peluang untuk memartabatkan muzik nusantara dalam satu temasya peringkat global.

"Saya rasa gembira, bangga dan teruja sebab semasa saya kecil dulu saya selalu pergi Formula 1 dan saya lihat artis lain buat persembahan dan kini saya berdiri di sini untuk membuat persembahan dan menghiburkan orang lain. Jadi ia bagai satu mimpi menjadi kenyataan untuk saya," kata penyanyi Hael Husaini.

"Saya tiada harapan yang besar dan bersyukur dapat tiga pencalonan tahun ini.Alhamdulillah. Menang adalah rezeki kalau tidak pun saya rasa sangat gembira saya dapat masuk APM tahun ini," kongsi penyanyi dari Singapura, Haris Baba

Ini merupakan tahun ke-16 APM dianjurkan Mediacorp Suria, Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM.

Siapakah bakat-bakat yang diiktiraf tahun ini bakal diketahui Sabtu depan di Teater MES, Mediacorp.

Acara itu juga disiarkan secara langsung di Suria, Jak tv dari Indonesia, stesen radio Ria 89.7FM, Warna 94.2FM dan online di Toggle. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan