Images
  • Neelofa Ibu
    Neelofa bersama ibunya, Noor Kartini. (Gambar: Neelofa/Instagram)

Apa asal usul nama Neelofa? Ini cerita ibunya...

MALAYSIA: Nama pelakon dan pengacara cantik Neelofa, memang unik. Rasanya jarang orang Melayu yang diberikan nama itu. Sesetengah pihak menyifatkan Neelofa sebagai 'beauty with brains' (cantik dan bijak).

Ibu beliau, Cik Noor Kartini Noor Mohamed, mendedahkan asal usul nama anaknya itu dalam satu wawancara bersama Astro Gempak.

Cik Noor Kartini berkata, Neelofa sebenarnya nama seorang gadis kacukan Pakistan yang ditemuinya ketika di sebuah pasar raya di Kota Bahru, Kelantan sekitar 29 tahun lalu.

"Ketika itu saya sedang mengandungkan Neelofa, saya ke Hankyu Jaya (pusat beli-belah) bersama kakak saya untuk menemaninya membeli produk kosmetik Lancome.

"Masih saya ingat gadis itu memiliki paras rupa yang sangat cantik, menyarung jubah hitam, 'sneakers' (kasut getah) dan tudung bawal putih.

"Dia menyapa saya, katanya dia kenalan kepada saudara saya. Neelofa namanya! Dari situlah saya terkenan dan saya nekad untuk menamakan bayi yang saya sedang kandung ketika itu dengan nama Neelofa.

"Jadi, nama Neelofa dan Lancome sendiri seperti ada jodoh yang kuat," kata Kartini yang ditemui di majlis pelantikan Neelofa sebagai duta produk Lancome Malaysia pada Khamis lalu (28 Sep).

Bagaimanapun, itu merupakan pertemuan kali pertama dan terakhir dengan gadis bernama Neelofa, menurut laporan Astro Gempak.

"Difahamkan sekarang dia sudah berpindah ke luar negara kerana mengikut suaminya," tambah Cik Kartini.

Juga seorang usahawan berjaya, Neelofa bukan setakat mencipta sejarah selaku rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai duta Lancome, selebriti berusia 28 tahun itu juga mencatat penerobosan selaku duta berhijab yang pertama bagi syarikat
kosmetik antarabangsa itu.

LAPORAN BERKAITAN:
Neelofa catat sejarah! Wanita berhijab pertama dunia dilantik jadi duta Lancome 

- Agensi berita/NK/nk

Komen Anda?

Top