Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anak Noraniza Idris, Fee Haiqal, mahu hasilkan lagu irama M'sia generasi muda

Anak penyanyi Noraniza Idris, Fee Haiqal merancang untuk menghasilkan lagu berirama Malaysia Generasi Muda dengan berduet bersama ibunya.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak Noraniza Idris, Fee Haiqal, mahu hasilkan lagu irama M'sia generasi muda

Penyanyi Fee Haiqal. (Gambar: Instagram/Fee_Haiqal)

Diterbitkan : 15 Nov 2017 10:57PM Dikemas Kini : 15 Nov 2017 11:27PM

KUALA LUMPUR: Anak penyanyi Noraniza Idris, Fee Haiqal merancang untuk menghasilkan lagu berirama Malaysia Generasi Muda dengan berduet bersama ibunya.

Fee atau nama sebenarnya Mohd Alfeeq Haiqal Mohamad Fauzi, 24 tahun, berkata beliau berpendapat  irama Malaysia Generasi Muda boleh dibawa selari dalam bentuk genre pop dan R B dengan 'twist’ Gen Y.

Katanya, sebilangan besar generasi muda zaman sekarang lebih gemar mendengar muzik-muzik  berbentuk genre tersebut, namun irama Malaysia ada lenggoknya yang unik yang pasti memberi kelainan  kepada muzik-muzik yang ada sekarang.

"Ibu saya tau tentang ini, dan dia cukup teruja dan berkata mengapa tidak?

“Kita cuba buat sesuatu yang lain yang baharu,” katanya selepas menghadiri Program Bicara 9/11, Bernama News Channel.

Fee bagaimanapun enggan mendedahkan bila single duet bersama ibunya akan dikeluarkan dan hanya menjawab: 'Just Wait’, sambil tersenyum lebar.

Selain berbakat menulis dan mencipta lagu, anak bongsu dua beradik ini turut memasang visi untuk tidak terikat dengan sesuatu genre lagu. 

Beliau berkata secara peribadi beliau tidak mahu statik terhadap sesebuah genre semata-mata, sebaliknya, ingin mencuba pelbagai genre bagi mencari keserasian dan berusaha menyanyikan semua jenis lagu dengan baik.

Fee yang baharu sahaja mengeluarkan single terbarunya pada September lalu berjudul  ‘Aku Mencari’ berhasrat mengeluarkan single setiap selang dua atau tiga bulan supaya lagunya sentiasa ada di dalam industri muzik. 

Ibunya sentiasa menyokong minat anak-anak, kata Fee, dan ibunya adalah individu paling kuat memberi dorongan apabila dia menyatakan hasrat untuk menyanyi, termasuk memberi tip sebagai persediaan melangkah ke dunia seni.

Mengharapkan maklum balas positif daripada pendengar, Fee yang bakal muncul dengan single terbaru berjudul ‘Matahari’ dalam tempoh terdekat juga menjadikan persaingan dalam kalangan penyanyi seangkatan sebagai satu senario sihat untuk cabar diri, seterusnya menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan