Images
  • bella aliff
    Gambar Bella Astillah dan suaminya Aliff Aziz. (Gambar: Instagram / bellaastillah)

Aliff mengaku salah keluar dengan Afifah, gesa Afifah juga tampil minta maaf

SHAH ALAM: Pelakon dan penyanyi kontroversi, Aliff Aziz, mengaku bersalah menyakitkan hati isterinya, Bella Astillah, apabila keluar dengan pelakon baru, Afifah Nasir.

Malah, bintang kelahiran Singapura itu turut meminta maaf kepada isterinya, ahli keluarga dan para peminat kerana kesalahannya itu, menurut laporan Berita Harian Malaysia (BHOnline).

"Saya dan dia (Afifah) tahu apa yang berlaku sebenarnya. Jika saya boleh mengaku kekhilafan diri dan memohon maaf, sekali gus berdepan dengan semua pihak termasuk keluarga dan rakan media, dia juga sewajarnya melakukan perkara sama andai berasakan dirinya bersalah.

"Tak perlu nak menegakkan benang yang basah. Kita sama-sama buat silap dan kebenaran akan terserlah juga akhirnya," katanya pada sidang media yang diadakan di Bukit Jelutong, hari ini.

ALIFF: HANYA BERGELUT DENGAN BELLA, TIDAK BELASAH ATAU PUKUL

Aliff tampil memberikan penjelasan berkenaan selepas ditahan polis, Jumaat lalu (28 Jul), atas dakwaan mengasari isterinya dalam satu insiden di sebuah tempat hiburan, ketika berdua-duaan dengan Afifah.

Aliff dan Afifah dikatakan mula intim selepas bergandingan menerusi drama Izinkan Aku Mencintaimu.

Akibat kejadian pada petang Khamis itu (27 Jul), Bella membuat laporan polis di Cheras.

Selepas dua malam ditahan di Balai Polis Dang Wangi, artis terbabit akhirnya dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu lalu.

Bella juga menarik balik aduannya pada hari yang sama Aliff dibebaskan.

"Saya berterima kasih kerana isteri memberikan saya peluang kedua.

"Malah, saya juga menafikan dakwaan diri ini membelasah dan memukul isteri. Sebaliknya, kami hanya bergelut hingga tercetus tindakan mengasari isteri.

"Saya juga berharap selepas ini takkan ada lagi kenyataan atau maklumat bercanggah kerana saya sudah berkongsi kesemuanya dengan media," katanya sebagaimana ditukil laman Malaysia itu.


Bella menerusi kenyataannya sanggup memaafkan Aliff demi anak mereka, Mohamad Ayden Adrean, yang dilahirkan 8 Julai lalu.

"Saya lega dengan penjelasan Aliff, namun tipulah jika saya katakan sudah kembali gembira. Sebagai wanita, kita semua mempunyai perasaan. Luka itu masih berdarah, namun saya kena fikir ke depan, termasuklah anak saya.

"Saya berharap semua orang dapat mendoakan semoga Aliff tidak melakukan kesilapan sama dan sedar dengan apa yang terjadi, yang sudah menghancurkan segala-galanya, termasuk kepercayaan saya kepadanya," kata Bella yang berkahwin dengan artis berkenaan pada September tahun lalu, ditukil laman BHM.

Namun demikian, apabila ditanya wartawan BHOnline semasa rakaman Facebook Live, apakah Bella akan menerima penjelasan Afifah jika beliau bertemu dengan Bella dan meminta maaf, isteri Aliff Aziz itu mengatakan ia "tidak perlu".

"Tidak perlu berbuat sedemikian. Kerana apa yang saya nampak cukup dengan mata saya sendiri. Tak perlu jelaskan segalanya. Itu hak dia kalau nak mintak maaf atau tidak," jelas Bella.

Bella berharap, sedikit demi sedikit suaminya itu mampu mengembalikan semula keyakinan beliau terhadapnya dan dirinya sendiri akan cuba menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini. 

- Agensi Berita/FA/fa

Komen Anda?

Top