Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aliff Aziz tamatkan zaman bujang 9 September

Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz akan melangsungkan pernikahan bersama tunangnya Bella Astilah pada 9 September.

Anggaran Waktu Membaca:
Aliff Aziz tamatkan zaman bujang 9 September

Aliff Aziz bersama tunang beliau, Bella Astilah. (Gambar: Instagram Aliff Aziz)

Diterbitkan : 29 Aug 2016 11:44PM Dikemas Kini : 29 Aug 2016 11:47PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz akan melangsungkan pernikahan bersama tunangnya Bella Astilah pada 9 September.

Mendedahkan khabar gembira itu kepada Berita Harian Malaysia, penyanyi lagu Sayang Sayang itu bagaimanapun memberitahu bahawa majlis akad nikah beliau akan diadakan secara tertutup pada sebelah pagi, dengan dihadiri kaum keluarga dan sanak saudaranya.

"Pada sebelah malam hari yang sama, kami akan adakan pula majlis resepsi di Setia Alam," kata Aliff.

"Saat ini, segala persiapan sudah hampir sempurna. Harapnya, semua perancangan akan berjalan dengan lancar," kata Aliff yang akan muncul dengan drama Meh Sandarkan Pada Aku tidak lama lagi.

Majlis berinai akan berlangsung pada 8 September, lapor Berita Harian Malaysia.

Aliff dan Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 22 tahun, bertunang pada bulan Disember 2015. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan