Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aliff Aziz kini bergelar bapa kepada Mohamad Ayden Adrean

Penyanyi Aliff Aziz kini bergelar bapa kepada seorang bayi lelaki.

Anggaran Waktu Membaca:
Aliff Aziz kini bergelar bapa kepada Mohamad Ayden Adrean

Aliff Aziz bersama putera sulungnya. (Gambar: Aliff Aziz/Instagram)

Diterbitkan : 08 Jul 2017 10:30PM Dikemas Kini : 08 Jul 2017 10:32PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Aliff Aziz kini bergelar bapa kepada seorang bayi lelaki.

Isteri beliau Bella Astillah melahirkan cahaya mata sulung mereka yang seberat 2.91 kilogram itu pada pukul 3.46 petang (8 Jul).

Aliff, yang popular dengan lagu Sayang Sayang itu berkata, bayi lelaki beliau diberi nama Mohamad Ayden, lapor laman Berita Harian Malaysia.

Beliau mengumumkan kelahiran bayi sulungnya itu menerusi laman Instagram yang berbunyi: "Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT, pada hari mulia ini lahirnya anakandaku dengan selamat. Thank you 'Mummy' kerana menjadi seorang wanita kuat sepanjang hamil dan kepada bayi lelakiku yang tampan, selamat datang ke dunia. Inilah hari yang dinanti-nantikan 'Mummy' dan 'Daddy'. Selamat datang ke dalam keluarga ini Mohamad Ayden Adrean. Dikau cahaya dalam hidup kami sekarang dan selamanya."

Aliff Aziz bersama isteri dan anaknya. (Gambar: Aliff Aziz/Instagram)

Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik Aliff di laman Instagram beliau, jelas terpancar kegembiraan pada wajah beliau ketika menyambut kelahiran puteranya itu, lapor laman Berita Harian Malaysia. 

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan