Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aliff Aziz dijangka dibebaskan hari ini setelah didakwa mengasari isterinya

Penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz yang ditahan kerana dipercayai mengasari isterinya semalam dijangka dibebaskan hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Aliff Aziz dijangka dibebaskan hari ini setelah didakwa mengasari isterinya

Aliff Aziz bersama isterinya Bella Astilla. (Gambar: Instagram Republic of Memories)

Diterbitkan : 29 Jul 2017 01:11PM Dikemas Kini : 29 Jul 2017 02:02PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz yang ditahan kerana dipercayai mengasari isterinya semalam dijangka dibebaskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Penolong Pesuruhjaya Chong Kok Sin ketika dihubungi laman Utusan mengesahkan perkara tersebut.

Aliff sebelum ini ditahan polis kerana didakwa mencederakan isterinya, Bella Astillah, 23 tahun yang baru 20 hari melahirkan bayi lelaki mereka.

Artis yang berasal dari Singapura itu dilaporkan memukul isterinya yang masih di dalam pantang selepas berlaku pergelutan di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras.

Laman Utusan difahamkan, Bella, 23 tahun, membuat aduan polis di Balai Polis Cheras selepas mendakwa dipukul oleh Aliff, 26 tahun, sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka dan lutut.

Sebelum kejadian itu, Bella yang ditemani ibunya pergi ke pusat hiburan tersebut selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain.

Mangsa berasa tidak puas hati lalu memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti dan kemudian Aliff merampas telefon tersebut, menurut laman Utusan.

Sejurus selepas memadamkan semua bukti itu, Aliff didakwa mencampak telefon bimbit tersebut ke muka isterinya yang mengakibatkan Bella mengalami luka di mulut dan di lutut.

Artis itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan