Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Akhirnya, filem S'pura seperti Ilo Ilo dan Banting ada di iTunes mulai pertengahan tahun ini

Buat pertama kali, filem-filem Singapura seperti 'Ilo llo' yang memenangi pelbagai anugerah oleh pengarah Anthony Chen dan filem 'Mee Pok Man' dan '12 Storeys' oleh Eric Khoo, boleh disewa dan dibeli di laman iTunes.

Anggaran Waktu Membaca:
Akhirnya, filem S'pura seperti Ilo Ilo dan Banting ada di iTunes mulai pertengahan tahun ini

Petikan dari filem Anthony Chen, 'Ilo Ilo'. (Gambar ihsan Fisheye Pictures)

Diterbitkan : 13 Mar 2017 07:42PM Dikemas Kini : 13 Mar 2017 07:46PM

HONG KONG: Buat pertama kali, filem-filem Singapura seperti 'Ilo llo' yang memenangi pelbagai anugerah oleh pengarah Anthony Chen dan filem 'Mee Pok Man' dan '12 Storeys' oleh Eric Khoo, boleh disewa dan dibeli di laman iTunes.

Ini diumumkan hari ini (13 Mac) oleh pengasas Mocha Chai Laboratories yang juga pembuat filem Singapura, Chai Yee-Wei, di Hong Kong Film Mart 2017.

Filem-filem tersebut akan disediakan mulai pertengahan 2017, hasil usaha syarikat baru Chai - A Little Seed - iaitu 'aggregator' Apples iTunes. Objectifs Centre for Photography and Filmmaking pula menjadi kurator filem bagi A Little Seed.

Filem-filem Singapura yang terpilih seperti 'Army Daze' sudahpun tersedia di iTunes, namun koleksi filem-filem klasik Singapura yang lama dan baru seperti itu belum disediakan sebelum ini.

Chai berkata: "A Little Seed ditubuhkan dengan matlamat untuk bekerjasama dengan ramai pembuat filem bebas, terutama mereka yang di Asia. Ramai daripada mereka menghasilkan karya-karya yang hebat yang belum disediakan di mana-mana wadah hari ini.

"Saya rasa iTunes adalah wadah yang bagus untuk memastikan orang ramai di seluruh dunia dapat dengan mudah mengakses filem-filem ini."

Bagi gelombang pertama inisiatif itu, 10 hingga 12 filem dijangka disediakan di iTunes mulai Jun, termasuk 'Sandcastle' oleh Boo Junfeng, 'Unlucky Plaza' oleh Ken Kwek dan 'Banting' oleh Raihan Halim. Omnibus filem SG50 yang bersejarah, '7 Letters', yang penerbit eksekutifnya ialah Royston Tan, juga dalam senarai itu.

"7 Letters adalah surat cinta kepada Singapura hasil karya 7 pembuat filem Singapura, dan kami amat teruja untuk menayangkannya buat pertama kali di iTunes," kata Tan. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan