Images
  • afgan (1)
    Afgan mendendangkan lagu dari kampus Mediacorp. (Gambar: BERITAMediacorp)

Afgan janjikan konsert luar biasa, luah hasrat berduet dengan Taufik Batisah

SINGAPURA: Hari ini, BERITAMediacorp menerima kunjungan istimewa seorang bintang pujaan dari Indonesia, iaitu penyanyi Afgan.

Wartawan BERITAMediacorp, Fariza Abdul Aziz, sempat menemubual beliau untuk mendapatkan perkembangan terkini beliau.

Penyanyi sensasi yang sinonim dengan lagu-lagu pop, R&B, jazz dan soul itu berada di Singapura untuk mempromosikan konsert pada 9 April nanti.

Afgan menjanjikan konsert yang lebih gah dan luar biasa kali ini, iaitu konsert beliau yang ketiga di Singapura.

Afgan bakal merealisasikan impian beliau untuk membuat persembahan di pentas besar dengan kesan pencahayaan yang mengagumkan.

Dalam wawancara dengan BERITAMediacorp, Afgan melahirkan hasrat untuk berduet dengan bintang popular tanahair, Taufik Batisah.

Malah, beliau juga berharap dapat berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi dari Singapura dan Malaysia sekaligus dalam satu lagu pada masa kelak.

Meskipun sudah berkecimpung dalam industri seni selama sembilan tahun, beliau mengakui masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki agar boleh terus melebarkan sayapnya lebih jauh.

"Aku ingin membuat album Inggeris penuh, itu salah satu impian aku. Aku ingin membuat konsert mungkin di Eropah atau di Australia, itu impian aku. Jadi masih banyak sekali yang ingin aku capai," kata Afgan.

Saksikan temubual eksklusif BERITAMediacorp bersama Afgan dari kampus baru kami, di bawah ini.

LANGSUNG DARI KAMPUS BARU MEDIACORP: Temubual eksklusif bersama penyanyi pop sensasi dari Indonesia, Afgan.

Posted by BERITAMediacorp on Sunday, 12 March 2017

LANGSUNG DARI KAMPUS BARU MEDIACORP: Temubual eksklusif bersama penyanyi pop sensasi dari Indonesia, Afgan.

Posted by BERITAMediacorp on Sunday, 12 March 2017

- BERITAMediacorp/nd

Komen Anda?

Top
>