Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Adi Putra tunai ibadah haji bersama isteri pertama

Pelakon Adi Putra berangkat ke tanah suci Makkah hari ini (29 Ogos) bersama isteri pertamanya bagi menunaikan ibadah haji.

Anggaran Waktu Membaca:
Adi Putra tunai ibadah haji bersama isteri pertama

Adi Putra bersama isteri pertama, Aida Yusof. (Gambar: Instagram Adi Putra)

Diterbitkan : 29 Aug 2016 06:20PM Dikemas Kini : 29 Aug 2016 06:24PM

KUALA LUMPUR: Pelakon Adi Putra berangkat ke tanah suci Makkah hari ini (29 Ogos) bersama isteri pertamanya bagi menunaikan ibadah haji.

Adi memuat naik gambar beliau bersama isterinya, Aida Yusof, 41 tahun di laman Instagram beliau pagi tadi, menurut laporan Berita Harian Malaysia.

Adi Putra, 35 tahun, turut memohon agar segala salah dan silapnya dimaafkan.

Sebahagian peminat melahirkan rasa bersyukur dan mendoakan semoga urusan haji pasangan itu berjalan lancar.

"Assalamualaikum, kami mohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya ada kesalahan dan kesilapan. Dan kami ambil kesempatan di tanah suci untuk mendoakan kepada semua," menurut catatan beliau.

Dalam pada itu Aida turut dipuji kerana masih setia dan tenang di sisi Adi, meskipun suaminya baru sahaja mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Sebelum ini, Adi mencetuskan kontroversi apabila tersebar gambar beliau bernikah dengan wanita yang bernama Norshahida Zolkafly, 33 tahun pada 20 Jun lalu, lapor Berita Harian Malaysia.

Semasa mengadakan sidang media khas, Adi mengaku sudahpun bernikah buat kali kedua.

Namun, tidak lama selepas itu, isteri keduanya dilaporkan antara 28 orang yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lapor BH Malaysia.

LAPORAN BERKAITAN:



Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan