Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Adi Putra 'hilang' lagi, hanya isteri pertama muncul di mahkamah

Pihak mahkamah juga enggan mendedahkan perkembangan terbaru mengenai kes melibatkan pasangan selebriti itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Adi Putra 'hilang' lagi, hanya isteri pertama muncul di mahkamah

Adi Putra bersama Zuhaidah Yusof dan anak angkat mereka, Zara Adelia. (Gambar: Instagram/Adi Putra)

Diterbitkan : 08 Apr 2017 01:17PM Dikemas Kini : 08 Apr 2017 01:18PM

KUALA LUMPUR: Adi Putra 'hilang' lagi? Empat perkataan itu sudah cukup untuk menggambarkan situasi di Mahkamah Rendah Syariah Malaysia pada Jumaat (7 Apr) apabila kelibat pelakon itu tidak kelihatan untuk kali kedua.

Ia bagi kes permohonan cerai terhadap isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof. Zuhaidah atau lebih mesra dengan sapaan Aida hadir dan berada dalam mahkamah seorang diri kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum meninggalkan dewan mahkamah pukul 9.15 pagi.

Wartawan mStar Online yang menunggu sebutan kes itu sempat bertanya kepada Aida mengenai kelibat Adi namun beliau memberitahu pelakon itu tidak hadir.

Bagaimanapun wanita berusia 42 tahun itu enggan menjawab pertanyaan lain dan memberitahu beliau perlu ke kaunter mahkamah untuk membuat bayaran.

Namun tidak dapat dipastikan bayaran apakah yang hendak dilakukannya.

Wartawan mStar Online tidak menemui Aida di kaunter tersebut dan Aida dipercayai sudah meninggalkan mahkamah.

Pihak mahkamah juga enggan mendedahkan perkembangan terbaru mengenai kes melibatkan pasangan selebriti itu.

Di mahkamah yang sama pada 31 Mac lalu, kes berkenaan sepatutnya didengar di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Mushid namun Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 36 tahun, turut tidak muncul, menurut laporan mStar Online.

Adi yang berasal dari Singapura bernikah dengan Aida pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Mereka sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Adi kemudiannya menikahi Norshahida Dzolkifly, 33 tahun, pada 20 Jun 2016 sebagai isteri kedua.

Aida pula sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Zul (Handy Black). 

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan