Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Adi Putra berpisah dengan kedua-dua isterinya

Setelah berita beliau bernikah kali kedua 'meletup' tahun lalu, Adi Putra membuat satu lagi pengumuman mengejut - beliau sudah berpisah dengan kedua-dua isterinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Adi Putra berpisah dengan kedua-dua isterinya

(Gambar-gambar: Instagram @adipadiputra/Facebook Adi Putra)

KUALA LUMPUR: Setelah berita beliau bernikah kali kedua 'meletup' tahun lalu, Adi Putra membuat satu lagi pengumuman mengejut - beliau sudah berpisah dengan kedua-dua isterinya.

Pelakon kelahiran Singapura yang kini terkenal di Malaysia itu berkata demikian di laman Facebooknya hari ini (23 Mac), sambil memuat naik gambar kedua-dua isterinya itu, Aida Yusof dan Norshahida Dzolkifly.

"Ramai yang bertanyakan mengenai status rumah tangga saya. Di sini saya ingin nyatakan, saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan Aida dan Shahida (Norshahida).

"Kepada rakan media yang saya hormati, tiada apa-apa kenyataan lagi untuk diberi," tulis Adi.

Beliau juga menggesa kedua-dua isterinya agar tidak diganggu.

"Dan berilah penghormatan kepada Aida dan Shahida supaya tidak diganggu. Terima kasih," tulis beliau.

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُRamai yg...

Posted by Adi Putra on  Wednesday, 22 March 2017

DILAPOR FAILKAN CERAI DENGAN ISTERI PERTAMA SEBELUM INI

Baru-baru ini, Adi Putra, yang nama sebenarnya adalah Mohamed Hadi Putera Halim, dilaporkan memfailkan cerai dengan isteri pertamanya, Aida, seorang penerbit, di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur awal bulan ini, menurut NST.

Adi dikatakan pernah memfailkan cerai daripada isterinya itu pada 2012, namun pasangan itu, yang berkahwin pada 2006, memutuskan untuk berbaik semula.

Lewat tahun lalu pula, rumahtangga Adi dengan isteri keduanya yang juga rakan perniagaannya, Norshahida, dikatakan bergolak.

Bagaimanapun, Norshahida kemudian menafikan perkara itu dan mendakwa mereka berdua bahagia melayari kehidupan sebagai suami isteri, bahkan beliau mempunyai hubungan baik dengan Aida.

Norshahida ketika itu juga mengakui mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah dua bulan, lapor Berita Harian Malaysia.

Industri hiburan Melayu gempar pada Jun tahun lalu setelah terbongkar bahawa Adi Putra bernikah kali kedua, dikatakan secara senyap-senyap.

Keadaan bertambah 'huru-hara' setelah isterinya pertamanya, Aida, dikatakan tidak mengetahui tentang pernikahan suaminya itu dan Adi sendiri tidak dapat dihubungi. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan