Images
  • aaron aziz
    Pelakon popular Aaron Aziz. (Gambar: Instagram/ Aaron Aziz)

Aaron Aziz masih belum pulih dari kecederaan sendi tengkuk

KUALA LUMPUR: Kecederaan sendi tengkuk yang dialami pelakon Singapura, Aaron Aziz, sejak empat tahun lalu masih belum pulih dan ia terus mengganggu kehidupan beliau sehingga kini.

Selain kerap dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan suntikan, Ramadan kali ini terus memaksa Aaron, 41 tahun, untuk berehat.

"Sekarang masih sakit, doktor suruh buat pembedahan untuk betulkan sendi leher tapi saya tidak mahu. Buat masa ini saya berehat dan mengelakkan kerja-kerja berat," ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon Ombak Rindu itu mengalami kecederaan berkenaan selepas terbabit dalam kemalangan ketika penggambaran Fear Factor Malaysia pada 2013 di Afrika Selatan.

Beliau juga kerap dimasukkan ke hospital dan menerima suntikan steroid bagi mengurangkan kesakitan itu.

Ujar Aaron, beliau masih dilarang untuk melakukan kerja-kerja berat kerana bimbang kecederaan itu akan bertambah buruk, tambah laporan mStar Online.

- Agensi berita/ru

Komen Anda?

Top