Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

8 artis Indonesia ditangkap ketika berpesta dadah

Lapan artis Indonesia termasuk penghibur popular, Pretty Asmara, ditahan dalam serbuan pihak berkuasa ke atas sebuah bilik dan bilik karaoke di sebuah hotel, malam Selasa (19 Jul) ketika asyik berpesta dadah.

Anggaran Waktu Membaca:
8 artis Indonesia ditangkap ketika berpesta dadah

Tujuh daripada lapan artis Indonesia ditangkap berpesta dadah. (Gambar: merdeka.com/istimewa)

Diterbitkan : 19 Jul 2017 02:40PM Dikemas Kini : 19 Jul 2017 02:41PM

JAKARTA: Lapan artis Indonesia termasuk penghibur popular, Pretty Asmara, ditahan dalam serbuan pihak berkuasa ke atas sebuah bilik dan bilik karaoke di sebuah hotel, malam Selasa (19 Jul) ketika asyik berpesta dadah.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya Argo Yuwono dipetik oleh media dalam talian berkata, kesemua artis terbabit ditahan ketika menyertai satu pesta dadah anjuran mereka.

Katanya, bertindak atas siasatan dan intipan selama dua minggu, polis menyerbu bilik hotel dan karaoke hotel itu pada tengah malam semalam ketika kesemua artis berkenaan sedang berkumpul dan mengambil dadah. 

Polis menjumpai 0.9 gram dadah jenis ice dan alat menghisapnya dalam sebuah bilik hotel serta merampas 1.12 gram ice, 23 pil ekstasi dan 25 pil dadah jenis H5 dalam bilik karaoke tempat artis itu sedang berkumpul.

Encik Argo berkata, kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan polis juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai menjadi pengedar dadah kepada golongan artis itu.

Katanya, selain itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah Rp25 juta (kira-kira S$25,600), dipercayai hasil kutipan pesta dadah itu.

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan artis Indonesia dilaporkan semakin berleluasa dan beberapa artis popular sebelum ini juga pernah ditahan kerana terbabit kes seumpama itu.

Sumber : Bernama/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan