Images
  • ed sheeren
    Gambar fail penyanyi dan penulis lagu, Ed Sheeran. (Gambar: Reuters) 

4 lelaki ditangkap guna pas palsu konsert Ed Sheeran

SINGAPURA: Empat lelaki diberkas kerana didakwa menggunakan pas palsu untuk mengakses konsert di Stadium Tertutup Singapura, demikian menurut polis semalam (13 Nov).

Polis menyatakan bahawa ia menerima aduan pada Ahad lalu (12 Nov) tentang empat lelaki berkenaan, berusia antara 30 hingga 60 tahun, yang menyamar sebagai kakitangan yang bertugas.

Mediacorp difahamkan mereka menghadiri konsert seorang penyanyi dan penulis lagu terkenal, Ed Sheeran.

Mereka mengenakan bayaran antara S$150 hingga S$300 bagi penonton yang ingin menyaksikan konsert tersebut. Tiada penonton yang mengesyaki empat lelaki berkenaan.

Tiga daripada mereka akan dihadapkan ke mahkamah hari ini (14 Nov) atas tuduhan menipu. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan/atau didenda.

Siasatan masih dijalankan ke atas lelaki yang berusia 60 tahun. 

- CNA/AQ/aq

Komen Anda?

Top